• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Makino Kochi, Kedai Ramen Homemade Yang Power Di Kuching

Oleh
Nazihah AN
2 Mac 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Makino Kochi, Kedai Ramen Homemade Yang Power Di Kuching

Kedai legend ni.. Yang belum pernah try, korang wajib pergi sini

Makino Kochi, Kedai Ramen Homemade Yang Power Di Kuching. Ramen bukanlah satu makanan yang asing di Bandaraya Kuching. Terdapat banyak kedai makanan Jepun yang menyediakan ramen sebagai juadah mereka. Namun begitu, tidak banyak yang menyediakan homemade ramen, apatah lagi dengan citarasa Asia.

Tapi, kali ini anda kena cuba ramen homemade yang power di Kuching ni. Jom ke kedai makan Makino Kochi Ramen Bar yang terletak di Jalan Padungan. Sebelum ini, mereka gunakan nama Himawari Ramen Bar, haa mesti pernah dengar kan?

Makino Kochi, Kedai Ramen Homemade Yang Power Di Kuching
Sumber gambar: FB Jhoe Yren Anicete

Kuah ramennya yang pekat dan rasa yang authentic!

Makino Kochi Ramen Bar ini menawarkan ramen buatan sendiri (homemade) yang bercitarasakan masakan Malaysia dan juga Asia secara keseluruhannya. Antara contoh menu menarik yang anda boleh dapati di sini adalah Pandan Chicken Aruba Soba Hikari iaitu Ramen yang dihidangkan dengan Ayam Pandan, Jagung Manis, seaweed dan juga potongan sayur sayur terpilih.

Selain itu, anda juga patut mencuba Gyuniku Shoyu Ramen Hikari, iaitu ramen yang dihidangkan dengan daging yang dikukus perlahan bersama kuahnya yang pekat. Dan yang paling bestnya, kuahnya adalah sup daging yang authentic ! Tak caya? Kena cuba lah ni..🤤

Makino Kochi, Kedai Ramen Homemade Yang Power Di Kuching
Sumber gambar: Foursquare erniezain

Kalau nak cari tempat untuk sarapan, mungkin ini adalah pilihan yang terbaik untuk anda

Menariknya juga, Himawari Ramen Bar ini tidak menggunakan MSG dalam masakan mereka dan mereka sangat fokus dengan mengeluarkan flavour semulajadi dari bahan bahan asas masakan mereka.Bagi anda yang gemarkan bubur untuk sarapan pagi pula, mereka menyediakan menu bubur yang dihidangakan dalam saiz kecil atau sederhana.

Makino Kochi, Kedai Ramen Homemade Yang Power Di Kuching
Sumber gambar: Forsquare Ingrid

Untuk pencuci mulut, anda boleh mencuba Tofu fa homemade mereka yang dihidangkan sejuk dan ditaburi kacang diatasnya. Bagi kami, sangat enak lagi-lagi kalau hari panas..fuhh! Korang takkan menyesal. Totally worth-it!

Makino Kochi, Kedai Ramen Homemade Yang Power Di Kuching
Sumber gambar: FB Jamal Sharief
Anda Peminat Ramen? Jom Ke Makino Kochi, Kedai Ramen Homemade Yang Power Di Kuching 4.8Terbaik

Makino Kochi Ramen Bar

RM10-RM30
4.8 out of 5
This product offers great value with impressive performance, but there are a few drawbacks to consider.
Servis 5 out of 5
Kebersihan 5 out of 5
Kualiti Makanan 5 out of 5
Masa Menunggu 4 out of 5
Positif Servis yang mesra kepada pengguna Restoran yang bersih Makanan yang berkualiti, boleh dilihat dari penggunaan bahan bahan yang digunakan
Negatif Masa menunggu yang sedikit lama sekiranya datang pada ‘peak hours’
Buy on AmazonBuy on eBay

Alamat

Makino Kochi Ramen Bar

179, Jln Padungan, 93100 Kuching, Sarawak

https://www.google.com/maps/embed?pb=!1m14!1m8!1m3!1d15953.398271635933!2d110.3569975!3d1.5547075!3m2!1i1024!2i768!4f13.1!3m3!1m2!1s0x31fba7c05b291229%3A0xa64deb76918535e1!2sMakino%20Kochi%20Ramen%20Bar!5e0!3m2!1sen!2smy!4v1709388200198!5m2!1sen!2smy

Bagi anda yang gemarkan makanan laut, kami menyenaraikan beberapa kedai makan di Telaga Air. Harganya yang ditawarkan juga amat berpatutan. Baca artikel di bawah:

[PART 1] Syurga Makanan Laut Yang Murah, Ini Adalah 5 Senarai Kedai Makan Seafood Di Telaga Air
Port Makanan Laut Hidden Gem, Anda Perlu Cuba Restoran Bako Seafood Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Digelar Apot Waterfall, Air Terjun Ini Merupakan Kejadian Alam Yang Sangat Indah
Next Article Rafflesia Resort, Hidden Gem Di Lundu Yang Menawarkan Percutian Tenang Dan Santai

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?