• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Malaysia Kini Pertimbangkan Guna Campuran Dua Vaksin Daripada Jenama Yang Berbeza

Oleh
Husna Hazmi
17 Jun 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Perkara ini masih lagi di dalam pertimbangan di negara kita.

Malaysia Kini Pertimbangkan Guna Campuran Dua Vaksin Daripada Jenama Yang Berbeza. Dilaporkan bahaawa, kerajaan Malaysia kini sedang mempertimbangkan kaedah heterologi atau campuran dua vaksin sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (​PICK) di negara ini.

Isi Isi Penting
  • Perkara ini masih lagi di dalam pertimbangan di negara kita.
  • Kajian sedang dilaksanakan untuk memberikan dua jenis vaksin
  • Kerajaan tidak akan tergesa-gesa untuk membuat keputusan
  • Tindak balas imun hingga empat kali lebih kuat
Malaysia Kini Pertimbangkan Guna Campuran Dua Vaksin Daripada Jenama Yang Berbeza
Malaysia Kini Pertimbangkan Guna Campuran Dua Vaksin Daripada Jenama Yang Berbeza

Kajian sedang dilaksanakan untuk memberikan dua jenis vaksin

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, kajian sedang dilaksanakan untuk memberikan dua jenis vaksin berikutan banyak negara lain sudah berbuat demikian.

Beliau berkata bahawa, kaedah tersebut adalah bagi meningkatkan antibodi peneutralan serta meningkatkan keberkesanan sesuatu vaksin.

“Perkara ini sedang diteliti oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV). Kita mempunyai beberapa data ‘real-world’ yang diterima dari Jerman mengenai vaksinasi heterologi menggunakan AstraZeneca bagi dos pertama dan Pfizer untuk dos kedua.

“Ini sememangnya sudah terbukti meningkatkan peneutralan antibodi dan menjadi lebih efektif terhadap varian, selain ia juga sesuai apabila kita menghadapi kekurangan bekalan vaksin.

“Jadi mencampurkan dua jenis vaksin itu akan lebih baik,” kata beliau pada sesi webinar yang dihoskan oleh Oxford and Cambridge Society of Malaysia selama satu jam setengah menerusi Youtube, semalam.

Malaysia Kini Pertimbangkan Guna Campuran Dua Vaksin Daripada Jenama Yang Berbeza

Kerajaan tidak akan tergesa-gesa untuk membuat keputusan

Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berkata, bagaimanapun kerajaan tidak akan tergesa-gesa untuk membuat keputusan sebelum selesai mendapatkan data yang secukupnya.

“Kita akan melihat dengan teliti. Selepas kumpulan kerja teknikal jelas mengenai hal itu, mereka akan memberi nasihat kepada jawatankuasa yang saya ketuai bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan kita akan melaksanakan vaksinasi heterologi,” jelas Khairy.

Bagaimanapun beliau menambah, kerajaan optimis terhadap kaedah tersebut berikutan adanya kemungkinan kerajaan akan melaksanakannya susulan banyak negara lain sudah pun melakukannya.

“Tambahan pula ketika ini, kita sedang menghadapi masalah bekalan vaksin, jadi boleh mencampurkan kedua-duanya untuk mendapatkan kesan yang baik,” ujar beliau.

Malaysia Kini Pertimbangkan Guna Campuran Dua Vaksin Daripada Jenama Yang Berbeza

Tindak balas imun hingga empat kali lebih kuat

Beliau berkata, laporan data awal dari percubaan Jerman yang membabitkan kumpulan ujian kecil hanya kepada 26 pesakit muda yang mencadangkan kombinasi dos vaksin AstraZeneca dan Pfizer mencetuskan tindak balas imun hingga empat kali lebih kuat daripada jika diberikan dua dos vaksin yang sama.

“Ujian menunjukkan kaedah vaksinasi heterologi menjadi lebih efektif dalam meneutralkan antibodi untuk melindungi penerima dari jujukan Covid-19 baru seperti strain Alpha dan Beta.

“Juga dilaporkan bahawa dos berulang daripada salah satu vaksin menunjukkan kecenderungan untuk menjadi kurang efektif dari semasa ke semasa, atau menyebabkan kesan sampingan yang lebih kuat dengan dos berulang,” jelas beliau lagi.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Seramai 17 Kakitangan Positif COVID-19, Perkhidmatan Kumpul Sampah Di Kuching Terjejas
Next Article Terkenal Dengan Tiga Rasa, Jom Ketahui Cara Beli Buah Kristal Sarawak Di Atas Talian Terkenal Dengan Tiga Rasa, Jom Ketahui Cara Beli Buah Kristal Sarawak Di Atas Talian

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?