• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Seramai 17 Kakitangan Positif COVID-19, Perkhidmatan Kumpul Sampah Di Kuching Terjejas

Oleh
Husna Hazmi
17 Jun 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

40% tenaga kerja di Syarikat Trienekens terjejas akibat Covid-19.

Seramai 17 Kakitangan Positif COVID-19, Perkhidmatan Kumpul Sampah Di Kuching Terjejas. Dilaporkan bahawa, 17 pekerja Syarikat Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd telah disahkan positif Covid-19 manakala lebih dari 60 yang lain kini menjalani kuarantin yang merangkumi 40% tenaga kerja, menyebabkan perkhidmatan pengumpulan sampah di Kuching kini terjejas.

Seramai 17 Kakitangan Positif COVID-19, Perkhidmatan Kumpul Sampah Di Kuching Terjejas
Seramai 17 Kakitangan Positif COVID-19, Perkhidmatan Kumpul Sampah Di Kuching Terjejas

Pekerja kontrak dan sementara telah dikerahkan untuk menangani masalah tenaga kerja

Trienekens dalam satu kenyataan pada hari ini, mengatakan pekerja kontrak dan sementara telah dikerahkan untuk menangani masalah tenaga kerja ini.

Syarikat itu berkata beberapa pasukan kini sedang berusaha melakukan shift berganda, termasuk pada hari Ahad, untuk menampung perkhidmatan pengumpulan sampah di seluruh bandar, yang terjejas sejak awal bulan ini.

“Memandangkan tenaga kerja yang sedia ada terjejas teruk, Trienekens akan meletakkan kontena Roll-on Roll-off (RoRo) di seluruh kawasan banda yang telah ditentukan untuk memudahkan pembuangan sampah isi rumah dari orang ramai.

“Sehingga keadaan ini bertambah baik, perkhidmatan pengumpulan sampah di sebahagian besar kawasan akan dijadual buat sementara waktudan bukannya dua kali seminggu seperti sebelum ini,” jelas Trienekens.

Seramai 17 Kakitangan Positif COVID-19, Perkhidmatan Kumpul Sampah Di Kuching Terjejas

Kekerapan pengumpulan sampah ini akan kembali kepada sedia kala

Pihak mereka juga turut menambah bahawa kekerapan pengumpulan sampah ini akan kembali kepada sedia kala dalam masa beberapa minggu yang akan datang.

Trienekens meminta pertolongan masyarakat agar mengurangkan penghasilan sampah mereka serta gunakanlah tong RoRo yang telah siap disediakan dan juga pastikan semua sampah diikat dengan ketat bagi mengelakkan sampah tersebut daripada ianya tertumpah.

Anda boleh ketahui jadual pengumpulan sampah sekali seminggu di laman web Trienekens www.trienekens.com.my/temporaryschedule.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, hubungi Talian Trienekens di 082-612300 antara jam 8.30 pagi dan 5.30 petang pada hari bekerja, hantarkan e-mel [email protected], atau anda boleh gunakan aplikasi mudah alih Trienekens, Penjagaan Pelanggan Trienekens.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Cara Untuk Menyelamatkan Haiwan Dilindungi Yang Sedang Dijual, Dan Membelinya Bukan Caranya Ini Cara Untuk Menyelamatkan Haiwan Dilindungi Yang Sedang Dijual, Dan Membelinya Bukan Caranya
Next Article Malaysia Kini Pertimbangkan Guna Campuran Dua Vaksin Daripada Jenama Yang Berbeza

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?