• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Malaysia Laksana Perintah Kawalan Pergerakan Berkuatkuasa 18 Mac 2020

Oleh
ILB - AI
16 Mac 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Perkara Tersebut Dimaklumkan Oleh Perdana Menteri Malaysia Melalui Sidang Media Khas Sebentar Tadi

Malaysia Laksana Perintah Kawalan Pergerakan Berkuatkuasa 18 Mac 2020
Malaysia Laksana Perintah Kawalan Pergerakan Berkuatkuasa 18 Mac 2020

Malaysia Laksana Perintah Kawalan Pergerakan Berkuatkuasa 18 Mac 2020. Malaysia Laksana Perintah Kawalan Pergerakan Berkuatkuasa 18 Mac 2020. Perdana Menteri Malaysia sebentar tadi mengumumkan beberapa langkah untuk mengekang penyebaran COVID19. Berikut adalah intipati langkah langkah tersebut :

1. Kerajaan laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac (Rabu) hingga 31 Mac 2020 (Selasa). Perintah kawalan ini dibuat di bawah :

  1. Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
  2. Akta Polis 1967

2. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

3. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari.

4. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

5. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.

6. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

7. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Malaysia Laksana Perintah Kawalan Pergerakan Berkuatkuasa 18 Mac 2020
Kredit : SoyaCincau.com

Melalui sidang media tersebut, Perdana Menteri juga memberi jaminan bahawa bekalan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan termasuk topeng muka adalah mencukupi. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan sentiasa memantau situasi bekalan makanan dan keperluan harian di pasaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini dikuatkuasakan.

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara akan bermesyuarat setiap hari untuk memantau dan mengawasi situasi wabak Covid-19.

Sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan boleh diajukan ke Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010 bermula jam 12 tengah hari esok.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article COVID-19 : Netizen Keliru Maksud ‘Stay Home Notice’ dan ‘Exemption’ Dari Kerajaan Sarawak
Next Article Mari Kita Imbas Kembali Wabak-Wabak Lepas Dan Bagaimana Kita Mengendalikannya Mari Kita Imbas Kembali Wabak-Wabak Lepas Dan Bagaimana Kita Mengendalikannya

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?