• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Malaysia Siasat Kebocoran Dokumen Penting Dari China, Bakal Buat Laporan Polis

Oleh
Nazihah AN
5 September 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Malaysia Siasat Kebocoran Dokumen Penting Dari China, Bakal Buat Laporan Polis

Malaysia Pertahankan Laut China Selatan Berlandaskan UNCLOS 1982

Malaysia Siasat Kebocoran Dokumen Penting Dari China, Bakal Buat Laporan Polis. Kementerian Luar Negeri Malaysia kini sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kebocoran sebuah Nota Diplomatik dari Kementerian Luar Negeri China kepada Kedutaan Malaysia di Beijing pada Februari lalu. Langkah ini diambil selepas nota tersebut didedahkan dalam sebuah artikel oleh portal media Filipina pada 29 Ogos yang lepas.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, kementerian menyatakan bahawa kebocoran dokumen ini, yang merupakan saluran komunikasi rasmi antara kedua-dua negara, dianggap sebagai isu serius.

Malaysia Siasat Kebocoran Dokumen Penting Dari China, Bakal Buat Laporan Polis

Malaysia Siasat Kebocoran Dokumen Penting Dari China, Bakal Buat Laporan Polis

“Kementerian memandang berat terhadap kebocoran dokumen ini yang merupakan saluran komunikasi rasmi antara dua negara. Sehubungan itu, siasatan dalaman sedang dijalankan bagi menyiasat pelanggaran maklumat sulit ini. Kementerian juga akan membuat laporan polis agar siasatan oleh pihak berkuasa yang berkaitan dapat dilaksanakan dengan segera,” kata kenyataan tersebut.

Walau bagaimanapun, Kementerian Luar Negeri turut menegaskan bahawa Malaysia dan China mempunyai hubungan dua hala yang rapat serta aktif. Kedua-dua negara adalah Rakan Strategik Komprehensif, dan sentiasa berusaha untuk memperkukuh lagi kerjasama ini ke tahap yang lebih tinggi.

Pendirian Malaysia Mengenai Laut China Selatan

Bagi isu Laut China Selatan, kenyataan tersebut turut menyebut bahawa Malaysia dan China telah menyatakan komitmen untuk menyelesaikan sebarang isu dengan cara damai melalui rundingan dan dialog menggunakan platform sedia ada, tanpa perlu mencetuskan pertikaian atau keganasan.

“Pendirian Malaysia terhadap Laut China Selatan tidak berubah. Malaysia akan terus mempertahankan kedaulatannya, hak-hak berdaulat, dan kepentingan di kawasan maritim berdasarkan Peta Malaysia 1979,” kata kenyataan tersebut.

Pendekatan Malaysia ini selaras dengan prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf secara universal, termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.

Dalam usaha untuk memastikan Laut China Selatan kekal sebagai kawasan keamanan, kestabilan, dan perdagangan, Malaysia akan terus mengutamakan diplomasi dalam berurusan dengan negara lain, termasuk China.

Ini juga bertepatan dengan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak di Laut China Selatan (DOC), yang menekankan penyelesaian pertikaian melalui cara damai dan mengelakkan ancaman atau penggunaan kekerasan.

Malaysia turut komited dalam rundingan antara negara anggota Asean dan China untuk memuktamadkan Kod Tatalaku yang berkesan di Laut China Selatan (COC) mengikut ketetapan UNCLOS 1982.

Sehingga Ogos tahun ini, Malaysia dan China merupakan pengerusi bersama bagi tempoh tiga tahun dalam mesyuarat Asean dan China berkaitan pelaksanaan DOC serta rundingan untuk memuktamadkan COC.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Stadium Sarawak Dipilih Sebagai Venue Upacara Pembukaan Sukan SEA 2027
Next Article Hidangan Tradisional Sarawak Dalam Tin Kini Boleh Didapati Di Emart Tabuan Jaya Hidangan Tradisional Sarawak Dalam Tin Kini Boleh Didapati Di Emart Tabuan Jaya

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?