• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Stadium Sarawak Dipilih Sebagai Venue Upacara Pembukaan Sukan SEA 2027

Oleh
Farisha
5 September 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Pembukaan Sukan SEA 2027 akan diadakan di Stadium Sarawak

Stadium Sarawak Dipilih Sebagai Venue Upacara Pembukaan Sukan SEA 2027. Upacara pembukaan Sukan Asia Tenggara (SEA) 2027 akan diadakan di Stadium Sarawak, kata Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurut laporan, beliau menjelaskan bahawa penganjuran upacara pembukaan adalah salah satu cadangan untuk Sarawak sebagai syarat menjadi tuan rumah bersama.

Stadium Sarawak Dipilih Sebagai Venue Upacara Pembukaan Sukan SEA 2027
Stadium Sarawak Dipilih Sebagai Venue Upacara Pembukaan Sukan SEA 2027

Wakil Dewan Undangan Negeri Asajaya menyatakan bahawa Sarawak telah menyerahkan senarai sukan yang akan dipertandingkan dalam temasya dua tahunan itu kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) setelah diminta untuk memilih separuh daripada 36 acara yang akan dipertandingkan.

KBS sebelum ini telah mengumumkan bahawa Malaysia bersetuju menerima tawaran Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) untuk menjadi tuan rumah SEA Games 2027 setelah mengambil kira komitmen yang dijanjikan oleh Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang untuk menjadi tuan rumah bersama.

Menteri Belia dan Sukan Persekutuan, Hannah Yeoh menjelaskan bahawa Sarawak telah menawarkan untuk menyumbang kira-kira 50 peratus daripada anggaran kos penganjuran temasya itu, manakala Sabah menawarkan RM100 juta dan Pulau Pinang RM15 juta.

Sarawak sedia jadi hos SEA Games 2027, Sabah tolak tawaran

Walau bagaimanapun, Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menyatakan bahawa negeri itu tidak bersetuju untuk menjadi tuan rumah bersama SEA Games atau berkomitmen untuk membayar bahagian daripada kos.

Beliau menjelaskan bahawa kerajaan negeri tidak pernah membuat sebarang komitmen kewangan terhadap penganjuran SEA Games 2027 dan juga tidak bersedia untuk menjadi tuan rumah bersama kerana kemudahan sukan di Sabah masih perlu diperbaiki.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Sarawak Mahu Acara Pembukaan Sukan SEA 2027 Berlangsung Di Kuching
Malaysia Terima Tawaran SEAGF, Sarawak Dipiliih Jadi Tuan Rumah Sukan SEA 2027
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sempadan Sarawak Termasuk Hak Pelantar Benua Tidak Boleh Dirunding Menjelang Mesyuarat MA63
Next Article Malaysia Siasat Kebocoran Dokumen Penting Dari China, Bakal Buat Laporan Polis Malaysia Siasat Kebocoran Dokumen Penting Dari China, Bakal Buat Laporan Polis

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?