• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Malindo Air Sambung Semula Penerbangan Domestik Termasuk Ke Sabah Dan Sarawak

Oleh
Ismail NA
11 Jun 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Penerbangan Tersebut Bakal Beroperasi Semula Pada 12 Jun 2020.

Malindo Air Sambung Semula Penerbangan Domestik Termasuk Ke Sabah Dan Sarawak. Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hampir kesemua sektor ekonomi kini dibuka semula. Industri penerbangan juga antara industri yang dibenarkan beroperasi seperti sebelum PKP dilaksanakan.

Terkini, salah sebuah syarikat penerbangan Malaysia iaitu Malindo Air memaklumkan bahawa pihaknya meneruskan semula penerbangan domestik bermula 12 Jun 2020.

Malindo Air Sambung Semula Penerbangan Domestik Termasuk Ke Sabah Dan Sarawak
Malindo Air Sambung Semula Penerbangan Domestik Termasuk Ke Sabah Dan Sarawak

Penerbangan Domestik Termasuk Sabah dan Sarawak

Penerbangan tersebut merangkumi destinasi dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Kuching dan Langkawi. Di Semenanjung pula, penerbangan yang terlibat ialah dari Subang ke Kota Bharu, Pulau Pinang, Alor Setar, Johor Bharu, Kuala Terengganu dan Langkawi.

Untuk permulaan, syarikat tersebut akan menumpukan perhatian kepada penerbangang domestik terlebih dahulu. Bagi penerbangan antarabangsa pula, operasi tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat.

Ia sudah tentu akan dilaksanakan semula selepas menilai keadaan kesihatan global yang bertambah baik dan peraturan sekatan ditamatkan.

Penebusan Baucar Perjalanan Dilanjutkan Kepada 12 Bulan

Jelas CEO Malindo Air, Mushafiz Mustafa Bakri, pelanggang yang dibatalkan penerbangan akibat pandemik akan menerima nilai penuh tiket yang tidak dapat digunakan dalam bentuk baucar perjalanan.

Pihak Malindo Air juga telah memanjangkan tempoh penebusan baucar perjalanan tersebut kepada 12 bulan dengan tarikh penerbangan sehingga 11 bulan selepas tarikh penebusan.

Lebih menarik, baucar ini boleh dipindah milik kepada ahli keluarga atau rakan atau digunakan sebagai baucar hadiah (gift voucher).

Malindo Air Sambung Semula Penerbangan Domestik Termasuk Ke Sabah Dan Sarawak

Boleh tahan juga tawaran Malindo Air. Apa-apapun, sentiasa amalkan penjarakan sosial, cuci tangan dengan sabun serta jaga kebersihan di tahap yang tertinggi.

Kita mampu melakukannya!

Baca juga artikel menarik di sini :

Pembelian pas penerbangan tanpa had AirAsia tinggal dua hari sahaja lagi. Baca artikel penuh :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article "Bersedialah Menanggung Risiko," KKM Nasihat Para Ibu Bapa Elak Bawa Anak Ke Tempat Awam “Bersedialah Menanggung Risiko,” KKM Nasihat Para Ibu Bapa Elak Bawa Anak Ke Tempat Awam
Next Article Malaysia Akan Diisytihar Bebas Covid-19 Jika Tiada Kes Selama 28 Hari Berturut Malaysia Akan Diisytihar Bebas Covid-19 Jika Tiada Kes Selama 28 Hari Berturut

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?