• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

“Bersedialah Menanggung Risiko,” KKM Nasihat Para Ibu Bapa Elak Bawa Anak Ke Tempat Awam

Oleh
ILB - AI
11 Jun 2020
Kongsi
3 Min Bacaan
"Bersedialah Menanggung Risiko," KKM Nasihat Para Ibu Bapa Elak Bawa Anak Ke Tempat Awam

“Kita belum selamat daripada ancaman virus.”

“Bersedialah Menanggung Risiko,” KKM Nasihat Para Ibu Bapa Elak Bawa Anak Ke Tempat Awam.Terdapat persoalan daripada para ibu bapa dimana mereka bersoal adakah ia sudah selamat untuk membawa anak mereka keluar shopping dan adakah mereka akan dikenakan kompaun sekiranya membuat demikian?

Untuk menjawabkan persoalan tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tampil dengan jawapan melalui laman rasmi Facebook mereka iaitu sebagusnya, elak bawa anak mereka ke tempat awam buat sementara ini.

"Bersedialah Menanggung Risiko," KKM Nasihat Para Ibu Bapa Elak Bawa Anak Ke Tempat Awam
“Bersedialah Menanggung Risiko,” KKM Nasihat Para Ibu Bapa Elak Bawa Anak Ke Tempat Awam

Jangan Salahkan Orang Lain Sekiranya Benda Buruk Berlaku

Menurut status yang dimuatnaik oleh admin KKM, nasihat yang dikatakan menuju kepada ibu bapa yang sudah mulai membawa anak mereka keluar ke tempat awam dan para ibu bapa yang teringin untuk buat sedemikian.

Walaupun tiada larangan untuk membawa anak-anak keluar dan tidak akan dikompaun kerana tiada peruntukan dalam Akta 342 (Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988), ibu bapa berisiko untuk mengundang perkara yang buruk sekiranya memilih untuk membawa anak mereka sekali ke tempat sesak. Oleh itu, KKM menasihati para ibu bapa untuk berfikir dua, tiga kali sebelum membawa anak mereka ke tempat awam.

“Bersedialah menanggung risiko. Kita belum selamat daripada ancaman virus baharu, Covid-19. Jika berlaku perkara buruk, anda juga yang dalam kesusahan. Jangan salahkan orang lain. Salah diri sendiri sebab tidak menjadi ibu bapa/penjaga yang bertanggungjawab.”

KKM turut berkata walaupun nasihat ini berbunyi terus terang dan kasar, ia merupakan kenyataan yang harus ditelan oleh masyarakat dimana kita masih belum bebas daripada ancaman wabak.

Disebaliknya, sebagai dewasa, kita mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kita semua ikut nasihat untuk mengelak pergi ke tempat sesak dan patuh kepada SOP. Ini termasuk juga dengan memastikan anak-anak kita dilindungi dan tidak mendedahkan mereka kepada risiko besar.

Walaupun tiada kes kanak-kanak meninggal akibat Covid-19 di Malaysia, hal ini kerana pasukan keselamatan negara khususnya PDRM diketatkan agar memantau dan membuat rondaan setiap masa sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga hari terakhir Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Nampaknya penguatkuasaan ini tidak juga begitu efektif akibat terdapat juga segelintir ibu bapa yang ingkar arahan.

Lindungi Anak-Anak Kita

Sebagai penutup kata, KKM menasihat untuk tunggu sehingga negara betul-betul selamat dan norma baharu yang kita kini hadapi dijadikan kebiasaan oleh semua lapisan masyarakat.

“Lindungi anak-anak kita dan ikutlah nasihat kerajaan. Ia untuk kebaikan, bukan menyusahkan. Ini bukan marah, tetapi nasihat,” tambah admin KKM lagi.

Oleh itu, para ibu bapa dinasihatkan untuk elak membawa anak-anak mereka ke tempat awam buat masa ini. Terima lah nasihat daripada KKM sebagai teguran yang baik untuk kebaikan semua. Sama-sama kita boleh lakukannya!

we can do it showtime GIF by Billions
Kredit: Giphy

Lebih Lagi Disini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article U Mobile Tercabar, Tawar Data Tanpa Had Serendah RM 30 Sebulan
Next Article Malindo Air Sambung Semula Penerbangan Domestik Termasuk Ke Sabah Dan Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?