I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Mangga Harumanis Perlis Kini Boleh Didapati Di Sabah Melalui Air Asia Farm
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Mangga Harumanis Perlis Kini Boleh Didapati Di Sabah Melalui Air Asia Farm

Oleh Husna Hazmi 30 April 2021
Kongsi
5 Min Bacaan

Tahukah anda mangga harumanis ini dianggap sebagai emas kerana harganya yang mencecah RM40 sekilo!

Mangga Harumanis Perlis Kini Boleh Didapati Di Sabah Melalui Air Asia Farm. Menurut Jabatan Pertanian, mangga Harumanis Perlis merupakan baka mangga yang terbaik di Malaysia. Selain daripada rasanya yang lebih enak dan unik daripada mangga lain, faktor yang membuatnya amat popular ialah masa pengeluarannya yang amat terhad.

Mangga Harumanis Perlis Kini Boleh Didapati Di Sabah Melalui Air Asia Farm
Mangga Harumanis Perlis Kini Boleh Didapati Di Sabah Melalui Air Asia Farm

Mangga Harumanis ini hanya berbuah sekali sahaja dalam setahun!

Ramai yang masih tidak tahu lagi bahawa mangga Harumanis ini hanya berbuah sekali sahaja dalam setahun! Tempoh ianya berbuah pula adalah sangat terhad, iaitu dari sebulan hingga sebulan setengah sahaja untuk setiap musim.

Selalunya mangga ini akan berbuah pada penghujung bulan April hingga awal bulan Jun sahaja. Ini bermakna, mangga Harumanis hanya boleh didapati dalam masa sebulan sahaja setiap tahun atau pada setiap musim.

Bagi penggemar buah Harumanis di Sabah anda kini boleh mendapatkan buah yang menjadi ikon negeri Perlis itu menerusi kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dengan dengan airasia farm, iaitu anak syarikat Airasia.

Penghantaran pertama mangga Harumanis itu ke Kota Kinabalu dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) hari ini, menerusi Majlis Flag-Off yang disempurnakan bersama oleh Menteri MAFI Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Pengerusi Eksekutif Airasia Group Datuk Kamarudin Meranun dan Ketua Pegawai Eksekutif Airasia Group Tan Sri Tony Fernandes.

Mangga Harumanis Perlis Kini Boleh Didapati Di Sabah Melalui Air Asia Farm

Kempen ‘Harumanis Kembali Lagi’

Flag Off Harumanis ke Sabah ini merupakan sebahagian daripada kempen ‘Harumanis Kembali Lagi’ yang dilancarkan oleh Menteri MAFI pada 11 April lepas di Beseri Perlis bagi mempromosi Harumanis.

Penghantaran pertama yang akan membawa buah mangga Harumanis berlepas dari KLIA2 melalui penerbangan AirAsia AK5104 pada jam 10:25 pagi.

Mangga tersebut kemudiannya akan dihantar ke Tune Hotels Kota Kinabalu sebagai lokasi pengambilan rakan perkhidmatan penghantarnya di Sabah dan airasia farm kemudian akan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata: “MAFI berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan sektor swasta seperti airasia farm untuk mempromosi kempen ‘Harumanis Kembali Lagi.’

Katanya kerjasama itu bukan sahaja akan memperluas pengedaran Harumanis ke seluruh Malaysia, tetapi juga membawa buah mangga yang cukup eksklusif ini ke Sabah secara rasmi buat pertama kalinya, sejajar dengan penekanan kementerian terhadap sektor pertanian bernilai tinggi yang dapat mewujudkan peluang ekonomi untuk rakyat.

Selain itu, beliau menambah bahawa pada tahun ini, Jabatan Pertanian menyasarkan hasil pengeluaran sebanyak 3,336 tan metrik mangga Harumanis yang bernilai RM66.7 juta di Perlis.

Daripada jumlah tersebut, dianggarkan sekitar 50 peratus akan dijual secara dalam talian melalui platform e-dagang seperti airasia food, airasia fresh dan agrobazaar online.

Mangga Harumanis Perlis Kini Boleh Didapati Di Sabah Melalui Air Asia Farm

Buah mangga yang cukup eksklusif ini ke Sabah buat pertama kalinya dalam skala yang besar

Justeru, itu, kerjasama MAFI dengan airasia farm bukan sahaja akan memperluas pengedaran Harumanis ke seluruh Malaysia, tetapi juga membawa buah mangga yang cukup eksklusif ini ke Sabah buat pertama kalinya dalam skala yang besar.

“Kami percaya teknologi dan digitalisasi bukan sahaja akan menambah nilai kepada sektor pertanian malah dapat menambah baik keseluruhan rantaian bekalan industri makanan negara daripada langkah pengeluaran, pengedaran kepada penggunaan.

“Matlamat jangka panjang kami adalah untuk memberikan nilai yang lebih baik dan memberi manfaat kepada ribuan petani Harumanis di Perlis supaya mereka dapat menjana pendapatan yang lebih besar untuk tuaian mereka secara dalam talian dan di seluruh rantau ini pada masa hadapan,” kata Lalitha Sivanaser, yang merupakan Pengurus Besar airasia farm.

Mangga istimewa dari Perlis ini boleh didapati untuk pesanan dalam talian melalui airasia fresh dan airasia food di Semenanjung Malaysia dan juga melalui foodpanda di Sabah. Para pelanggan di Semenanjung Malaysia boleh memilih untuk menjadualkan penghantaran mereka pada tarikh akan datang melalui airasia Fresh atau menerima pesanan mereka dalam masa satu jam selepas pembelian melalui airasia food.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Adalah 36 Jenis Bunga Api Yang Boleh Dijual Sempena Aidilfitri Ini
Next Article Ini Adalah 8 Port Berbuka Puasa Di Miri Yang Anda Perlu Cuba

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?