fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Dunia

Ini Adalah 5 Makanan Paling Mahal Yang Boleh Didapati Di Malaysia

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
21 September 2020
Ini Adalah 5 Makanan Paling Mahal Yang Boleh Didapati Di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Tahukah anda 5 makanan ini adalah makanan paling mahal dan boleh didapati di Malaysia?

Ini Adalah 5 Makanan Paling Mahal Yang Boleh Didapati Di Malaysia. Biasanya makanan mahal ini bergantung kepada keunikan sesuatu makanan tersebut serta kualitinya. Ini adalah makanan mahal yang anda patut tahu:

5 Makanan Termahal  Yang Boleh Didapati Di Malaysia
Ini Adalah 5 Makanan Paling Mahal Yang Boleh Didapati Di Malaysia

1. Durian Black Thorn

Pasti ramai yang menyangka durian ‘Musang King’ adalah durian yang paling mahal yang kita boleh dapati di Malaysia ini. Namun durian Black Thorn yang berasal dari Pulau Pinang dan dikatakan antara species yang terbaru ini adalah durian paling mahal.

ADVERTISEMENT

Anda pasti tertanya-tanya mengapakah durian ini sangat mahal dengan harga yang mencecah RM110 sekilo? Ini kerana wajahnya yang unik kerana sedikit kehitam-hitaman di luar dan isinya yang amat enak di dalam.

Ini Adalah 5 Makanan Paling Mahal Yang Boleh Didapati Di Malaysia

2. Mangga Harum Manis

Buah kegemaran rakyat Malaysia iaitu mangga adalah salah satu makanan yang termasuk dalam list ini. Tetapi, ini bukan mangga biasa. Buah mangga harum manis yang berasal dari negeri Perlis ini dianggap sebagai emas kerana harganya yang mencecah RM 40 sekilo.

ArtikelBerkaitan

Tular Tangan Doktor Bergegar Suntik Presiden Jokowi, Ini 7 Pemimpin Dunia Yang Sudah Disuntik Vaksin COVID-19

Whatsapp Bakal Disekat Bagi Pengguna Yang Tidak Setuju Terima Polisi Baharu Bermula 8 Februari

Buah ini juga telah didaftar sebagai harta intelek kerajaan Perlis kerana jabatan pertanian di Malaysia ingin menjaga kualiti buah mangga harum manis ini.

ADVERTISEMENT
5 Makanan Termahal  Yang Boleh Didapati Di Malaysia

3. Ayam Cemani

Ayam Cemani merupakan ayam termahal yang boleh didapati di Malaysia kerana keunikannya yang tidak ada pada ayam biasa. Ini kerana keseluruhan badan hingga ke tulang ayam cemani ini berwarna hitam.

Ayam cemani ini berwarna hitam kerana proses Fibromelanosis yang merupakan satu kejadian genetik yang sangat unik. Hasil daripada proses fibromelanosis ini ialah hyperpigmentation yang mengakibatkan ayam ini berwarna hitam.

ADVERTISEMENT

Menurut sejarah zaman dahulu, ayam ini bukannya dijadikan sajian tetapi ianya merupakan haiwan perliharaan pembesar-pembesar diraja sebagai koleksi mereka.

5 Makanan Termahal  Yang Boleh Didapati Di Malaysia

4. Ikan Patin Muncung Sungai Pahang

Ikan patin muncung sungai pahang ini ialah ikan air tawar yang paling mahal dengan harga yang mencecah RM 280 sehingga RM 300 sekilo.

Ikan patin yang unik ini sangatlah mahal. Tapi, bagi pencinta ikan patin anda patutlah mencuba ikan ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

5 Makanan Termahal  Yang Boleh Didapati Di Malaysia

5. Daging Wagyu Kobe

Pasti ramai sudah tahu tentang daging ini kan? daging wagyu kobe ini hanya boleh didapati di restoran eksklusif sahaja kerana ianya merupakan daging khas diimport dan hanya diternak di wilayah Hyogo, Jepun sahaja.

Wa yang bermaksud Jepun dan Gyu pula bermaksud Lembu. Daging Wagyu kobe ini sangat mahal kerana ianya ialah baka lembu japanese black. Sepanjang hidup lembu tersebut, mereka hanya makan bijirin dan rumput yang datang dari wilayah di situ sahaja.

Baca lagi disini:

Share71Tweet45SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy