• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Mangsa Banjir Semakin Meningkat, 10 Sekolah Di Sabah Terpaksa Ditutup

Oleh
Nazihah AN
2 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Mangsa Banjir Semakin Meningkat, 10 Sekolah Di Sabah Terpaksa Ditutup

10 buah sekolah di 4 daerah terpaksa ditutup

Mangsa Banjir Semakin Meningkat, 10 Sekolah Di Sabah Terpaksa Ditutup. Lebih 5,000 pelajar di empat daerah di Negeri ini terjejas akibat bencana banjir, apabila 10 buah sekolah terpaksa ditutup pada hari Isnin disebabkan laluan dan kawasan sekolah yang ditenggelami air sejak malam Ahad.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah, Datuk Raisin Saidin, berkata banjir tersebut menjejaskan enam sekolah di Penampang, dua di Tuaran dan masing-masing satu di Papar dan Sipitang.

Mangsa Banjir Semakin Meningkat, 10 Sekolah Di Sabah Terpaksa Ditutup

Beliau menyatakan sekolah-sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Sugut, Sekolah Menengah (SM) St Michael, SK St Theresa Inobong, SK Kibabaig, SK St Joseph dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yue Min di Penampang.

“Sekolah-sekolah lain adalah SK Kelatuan di Papar dan SJKC Sin Boon Sindumin di Sipitang. Di Tuaran, sekolah-sekolah yang terjejas adalah SK Kauluan dan SJKC Chung Hwa, Tenghilan,” katanya ketika dihubungi pada hari Isnin.

Raisin berkata penutupan sekolah-sekolah ini turut menjejaskan seramai 307 orang guru.

Beliau menambah bahawa Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah menubuhkan satu kumpulan yang akan membantu membersihkan kawasan sekolah bersama-sama dengan Pejabat Daerah, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kerja Raya, Angkatan Pertahanan Awam serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Jabatan Pendidikan Negeri Sabah mengucapkan terima kasih kepada agensi-agensi yang membantu dan berharap kerjasama ini akan berterusan,” katanya.

Dengan usaha gotong-royong ini, diharap sekolah-sekolah yang terjejas dapat dibuka semula dengan secepat mungkin supaya proses pembelajaran pelajar tidak terganggu untuk tempoh yang lama. Agensi-agensi terlibat juga diminta untuk sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi kemungkinan banjir susulan, lebih-lebih lagi di musim hujan ini.

Baca juga artikel semasa di bawah:

Wanita Selamatkan Kucing Dari Banjir Di Sabah Raih Pujian Netizen
Wanita Maut Dihanyut Arus Deras Selepas Hantar Makanan Pada Mangsa Banjir Di Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Simpanan Pencen RM216K Lesap, Pesara Dari Padawan Jadi Mangsa Sindiket Phone Scam Simpanan Pencen RM216K Lesap, Pesara Dari Padawan Jadi Mangsa Sindiket Phone Scam
Next Article Gaduh Berakhir Pembunuhan Di Pub Sabah, Dua Lelaki Asing Kini Jadi Buruan Polis Gaduh Berakhir Pembunuhan Di Pub Sabah, Dua Lelaki Asing Kini Jadi Buruan Polis

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?