• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Wanita Maut Dihanyut Arus Deras Selepas Hantar Makanan Pada Mangsa Banjir Di Sabah

Oleh
Farisha
1 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Wanita berhati mulia jadi korban pertama banjir yang melanda di Sabah

Wanita Maut Dihanyut Arus Deras Selepas Hantar Makanan Pada Mangsa Banjir Di Sabah. Banjir yang melanda Sabah sejak petang semalam telah meragut nyawa seorang wanita. Mangsa telah dihanyutkan oleh arus deras dan ditemui meninggal dunia selepas menghantar makanan kepada penduduk yang terperangkap dalam bencana tersebut pada awal pagi ini.

Nasib malang menimpa Monica Ting Siew Kwong, berusia 37 tahun, ketika dalam perjalanan pulang bersama suaminya, Hii Ding Wei. Menurut laporan, mereka baru sahaja selesai menghantar makanan kepada penduduk yang terperangkap banjir di Pekan Donggongon pada pukul 1.40 pagi.

Wanita Maut Dihanyut Arus Deras Selepas Hantar Makanan Pada Mangsa Banjir Di Sabah
Wanita Maut Dihanyut Arus Deras Selepas Hantar Makanan Pada Mangsa Banjir Di Sabah. Sumber foto: Harian Metro

Suami cuba selamatkan isteri dari arus deras

Semasa dalam perjalanan pulang, pasangan tersebut cuba melalui kawasan yang dinaiki air berhampiran Bulatan Sigah, Jalan Penampang Bypass. Malangnya, Monica telah dihanyutkan oleh arus deras. Suaminya cuba menyelamatkannya dengan menarik tangannya, tetapi arus yang kuat memisahkan mereka apabila Monica terlepas daripada pegangan suaminya.

Ketua Polis Penampang, Superintendan Sammy Newton, melaporkan bahawa mayat mangsa ditemui tersangkut di celah pokok berhampiran rumah penduduk di Kampung Hungab pada kira-kira pukul 8 pagi. Lokasi penemuan mayat tersebut adalah lebih kurang 500 meter dari tempat dia dihanyutkan.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang terdiri daripada anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan polis telah memulakan operasi pencarian selepas menerima laporan pada pukul 1.45 pagi. Kasut mangsa yang ditemui berdekatan dengan lokasi mayatnya telah membantu dalam usaha pencarian.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH), Kota Kinabalu untuk bedah siasat.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Banjir Kilat Di Sabah, Jalan Utama Terputus Dan Bekalan Elektrik Terpaksa Ditutup
Penduduk Panik Dakwa Tanah Runtuh Di Gunung Kinabalu Siap Dengan Banjir Lumpur
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Catat Rekod Baharu, Seramai 26K Pengunjung Hadir Di RWMF 2024 Catat Rekod Baharu, Seramai 26K Pengunjung Hadir Di RWMF 2024
Next Article Sabah Sarawak Antara 4 Negeri Catat Rekod Miskin Tegar Melebihi Paras Nasional Sabah Sarawak Antara 4 Negeri Catat Rekod Miskin Tegar Melebihi Paras Nasional

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?