• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Marah Kerana Disaman, Kereta JPJ Jadi Mangsa Diterbalikkan Jentolak Di Keningau

Oleh
Ismail NA
1 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Pemandu lelaki berusia 60-an tersebut tidak berpuas hati kena saman. Aduhai.

Marah Kerana Disaman, Kereta JPJ Jadi Mangsa Diterbalikkan Jentolak Di Keningau. Orang kata, jangan diikut sangat hati kalau sedang marah. Kan dah jadi satu hal pula.

Menerusi sebuah hantaran yang tular di laman Facebook, sebuah kenderaan peronda milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah diterbalikkan dengan sengaja. Kejadian ini difahamkan berlaku di Jalan Kepayan, Kampung Magatang, Keningau Sabah.

Marah Kerana Disaman, Kereta JPJ Jadi Mangsa Diterbalikkan Jentolak Di Keningau
Marah Kerana Disaman, Kereta JPJ Jadi Mangsa Diterbalikkan Jentolak Di Keningau. Sumber: FB Kibott Navara

Difahamkan, seorang pemandu lelaki berusia sekitar 60-an yang membawa kenderaan berat jenis backhoe didakwa naik angin kerana disaman oleh pegawai JPJ. Punca pemandu terbabit disaman adalah disebabkan dia tidak mempunyai lesen memandu kelas F.

Sampai remuk kereta JPJ tu dibuatnya

Susulan daripada kejadian itu, pemandu tersebut bertindak luar kawalan lalu menerbalikkan kereta JPJ tersebut sehingga remuk. Beberapa individu cuba menahan namun kemarahan pemandu berkenaan seolah tidak dapat dibendung.

Akibat kejadian yang tidak diingini itu, Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Nor Rafidah Binti Kasim telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang menyatakan bahawa pemandu tersebut telah melakukan kesalahan mengganggu tugas penjawat awam serta menggunakan kekerasan bagi menakutkan penjawat awam daripada melaksanakan tugasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 186/353 dan 427 Kanun Keseksaan.

Marah Kerana Disaman, Kereta JPJ Jadi Mangsa Diterbalikkan Jentolak Di Keningau
Sumber: FB Polis Daerah Keningau

Video tersebut telah mendapat sebanyak lebih 7,500 perkongsian di laman Facebook dan mengundang reaksi daripada orang ramai.

🤣🤣🤣🤣

Posted by Kibott Navara on Thursday, June 30, 2022

Begitulah. Kalau dah kena saman, nak melawan tu biar dengan cara betul kan? Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Yang penting, kena sabar.

Lagi kejadian

SUMBER :FB Polis Daerah KeningauFB Kibott Navara
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Majikan Tersilap Bayar 286 Kali Ganda Gaji, Pekerja Letak Jawatan Dan Menghilangkan Diri Majikan Tersilap Bayar 286 Kali Ganda Gaji, Pekerja Letak Jawatan Dan Menghilangkan Diri
Next Article ‘Unlocking Bengoh’ Ceritakan Kisah Penduduk Terpaksa Berpindah Demi Beri Laluan Pada Empangan Bengoh

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?