• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Malim Gunung Rizuan, Unsung Hero Kanak-Kanak Semasa Gempa Bumi Sabah 2015

Oleh
Nazihah AN
23 Februari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Kenali Malim Gunung Rizuan, 'Unsung Hero' Kanak-Kanak Semasa Gempa Bumi Sabah 2015

Masih ingatkah anda dengan kejadian yang pernah gemparkan bumi Sabah?

Kenali Malim Gunung Rizuan, Unsung Hero Kanak-Kanak Semasa Gempa Bumi Sabah 2015. Imej seorang malim gunung, Mohd Rizuan Kauhinin yang mendukung seorang kanak-kanak dari Singapura, selepas kejadian gempa bumi di kawasan Gunung Kinabalu telah melambangkan keberanian buat golongan malim gunung.

Dalam artikel ini, kami ingin menceritakan keberanian dan pengorbanan semua malim gunung yang merupakan jurupandu kepada pendaki-pendaki di gunung dan juga tulang belakang untuk operasi menyelamat pendaki-pendaki yang terperangkap.

Kenali Malim Gunung Rizuan, 'Unsung Hero' Kanak-Kanak Semasa Gempa Bumi Sabah 2015
Sumber gambar: Berita Harian

Ketahui keberanian pemuda Sabah ini menyelamatkan seorang kanak-kanak di Gunung Kinabalu.

Pada tanggal 5 Jun 2015, negara kita telah dikejutkan dengan kejadian gempa bumi di bumi Sabah dengan gegarannya 5.9 skala richter. Ianya adalah satu gegaran gempa bumi yang paling tinggi setakat ini pernah berlaku di lokasinya di Ranau, Sabah.

Telah tular gambar malim gunung menyelamatkan kanak-kanak warga Singapura yang cedera ketika gempa bumi di puncak Gunung Kinabalu pada 5 Jun 2015 yang lalu sehingga beliau dianggap wira dan diberi pelbagai penghargaan termasuk oleh pemimpin negara dan Singapura, selain ditampilkan sebagi ikon kebanggaan negara.

Kenali Malim Gunung Rizuan, 'Unsung Hero' Kanak-Kanak Semasa Gempa Bumi Sabah 2015
Kenali Malim Gunung Rizuan, ‘Unsung Hero’ Kanak-Kanak Semasa Gempa Bumi Sabah 2015. Sumber gambar: Sabahup2date

Kejadian gempa bumi yang yang tidak dijangkakan, telah berlaku pada jam 7.15 pagi telah menyebabkan ramai rakyat Sabah berada dalam keadaan panik.

Namanya masih menjadi sebutan dan dikenali bukan saja di kampung kelahirannya di Kundasang, Ranau, malah diingati hingga ke Singapura. Difahamkan bahawa nama ‘Malim Gunung‘ ini keluar di akhbar dan media internet sejak tragedi gempa bumi di Sabah.

Kenali Malim Gunung Rizuan, 'Unsung Hero' Kanak-Kanak Semasa Gempa Bumi Sabah 2015
Sumber gambar: Harian Metro

“Saya gementar bila orang anggap saya wira, padahal saya orang biasa…” – Malim Gunung Rizuan

Sejak namanya dikenali dan tular di media sosial, Mohd Rizuan Kauhinin sering menjadi sebutan dan menerima pujian tanpa henti daripada netizen. Walau bagaimanapun, beliau mengakui agak kurang senang dengan gelaran wira yang diberikan kepadanya.

Menceritakan pengalaman dia menyelamatkan kanak-kanak tersebut, Rizuan berkata dia dan beberapa malim gunung yang lain telah menjumpai kanak-kanak tersebut sedang menahan kesakitan di sekitar KM4.4 laluan denai hutan.

Kenali Malim Gunung Rizuan, 'Unsung Hero' Kanak-Kanak Semasa Gempa Bumi Sabah 2015
Kenali Malim Gunung Rizuan, ‘Unsung Hero’ Kanak-Kanak Semasa Gempa Bumi Sabah 2015. Sumber gambar: The Straits Times

Baca lagi artikel menarik:

Netizen Luah Simpati Malim Gunung Hanya Dapat RM5 Per Kilo Pikul Barang Naik Gunung Kinabalu
Dah 2022 Tapi Jalan Masih Becak Dan Berlumpur, Situasi Guru Di Sabah Ini Raih Perhatian Netizen
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Adalah Antara Kisah Batu Misteri Yang Terdapat Di Sarawak Ini Adalah Antara Kisah Batu Misteri Yang Terdapat Di Sarawak
Next Article Kisah Legenda Mengapa Melanau Matu Daro Pantang Makan Linut

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?