• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini 5 Lokasi Bazar Ramadan Legend Sekitar Kuching

Oleh
Aina Musa
11 Mac 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Ini 5 Lokasi Bazar Ramadan Legend Sekitar Kuching

Ini 5 port lejen yang confirm warga Kuching tahu

Ini 5 Lokasi Bazar Ramadan Legend Sekitar Kuching. Ini 5 Senarai Bazar Ramadan ‘Legend’ Sekitar Kuching Yang Boleh Anda Terjah. Menjelang bulan Ramadan yang akan tiba, tidak lengkap rasanya jika tidak mengunjungi bazar Ramadan untuk mencuba hidangan dan pencuci mulut yang istimewa. Oleh itu, disini kami senaraikan 5 bazar ramadan yang wajib anda lawati di Kuching.

1. Bazar Ramadan Satok

Bazaar Ramadan Satok adalah salah satu bazar ramadan yang terkenal di Kuching. Terletak di kawasan Satok, bazar ini menawarkan pelbagai hidangan tradisional seperti laksa Sarawak, kuih bongkol serta banyak lagi. Anda pasti akan teruja dengan pelbagai hidangan yang ditawarkan di bazaar ini.

Gerai yang paling dinanti-nantikan warga Kuching setiap kali ke sini adalah gerai cucur rodey!

Lokasi: Jalan Satok, bersebelahan dengan Kubah Ria

Marhaban Ya Ramadan, Ini 5 Bazar Ramadan 'Legend' Di Kuching Yang Boleh Anda Terjah
Marhaban Ya Ramadan, Ini 5 Bazar Ramadan ‘Legend’ Di Kuching Yang Boleh Anda Terjah. Kredit: Google

2. Bazar Ramadan Stutong

Bukan sekadar umat Islam, bangsa-bangsa lain pun turut teruja berpusu-pusu ke bazar ramadan Stutong ini!

Terletak bersebelahan dengan pasar basah Stutong, bazar ini menjadi tumpuan warga Kuching untuk mendapatkan juadah berbuka puasa.

Lokasi: 14870, Jalan Setia Raja, Tabuan Jaya, 93350 Kuching, Sarawak

Marhaban Ya Ramadan, Ini 5 Bazar Ramadan 'Legend' Di Kuching Yang Boleh Anda Terjah

3. Bazar Ramadan Sukma

Bagi penduduk Sukma, Bandar Baru Samariang dan sekitar pasti sering mengunjungi bazar ramadan ini. Bazar ini boleh dikatakan bazar legend bagi penduduk sekitar itu kerana ia sudah pun beroperasi sejak sekian lama setiap kali tibanya bulan ramadan. Yang pasti kalau nak datang sini pastikan anda datang awal kerana tempat letak kereta adalah terhad!

Lokasi: Taman Sukma (Jalan Sultan Tengah) 93050 Kuching, Sarawak

Marhaban Ya Ramadan, Ini 5 Bazar Ramadan 'Legend' Di Kuching Yang Boleh Anda Terjah

4. Bazar Ramadan Kota Sentosa

Bagi warga Kuching yang ingin mendapatkan juadah berbuka puasa yang rare misalnya makanan autentik dari Semenanjung Malaysia, maka ini merupakan bazar ramadan yang sesuai untuk anda!

Uniknya di sini, selain makanan Sarawak, hidangan seperti nasi kerabu, laksam dan sebagainya mudah didapati di sini kerana peniaganya kebanyakkannya berasal dari Semenanjung (disebabkan terletak tidak jauh dari kem tentera Batu 8)

Lokasi: Pasar Batu, 7, Jalan Penrissen, 93250 Kuching, Sarawak

5. Bazar Ramadan Semarak, Gita

Kalau nak cari kuih-muih legend pula, biasanya warga Kuching akan mengunjungi bazar ramadan di Gita ini. Terletak di tengah-tengah laluan yang sentiasa sibuk, orang ramai sanggup ‘stop by’ ke sini demi mendapatkan beberapa kuih muih.

Lokasi: Berdekatan Pusat Penjaja Semarak, Gita Kuching

Ini pula lokasi bazar ramadan sekitar Kuching:

Ini pula port berbuka puasa best di Kuching:

Ini 5 Sebab Mengapa Bufet Ramadan Hilton Kuching 2024 Wajar Anda Cuba
Ini Senarai Buffet Ramadan 2024 Hotel-Hotel Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 5 Senarai Buffet Ramadan Di Miri Ini 5 Senarai Buffet Ramadan Di Miri
Next Article SCALE Sarawak, Program Sokongan 6 Bulan Untuk Usahawan Anjuran TEGAS

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?