• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Marsha Milan, Penyanyi Asal Sabah Rangkul Gelaran Juara AJL39

Oleh
Ismail NA
17 Februari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Anak Borneo memang tak pernah mengecewakan

Marsha Milan, Penyanyi Asal Sabah Rangkul Gelaran Juara AJL39. Penyanyi asal Sabah, Marsha Milan mencipta sensasi apabila lagu dan persembahannya dinobat sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-39. Penyanyi yang merupakan bekas bintang realiti TV tersebut berjaya membawa pulang RM 100,000 berserta trofi.

Marsha Milan mempersembahkan lagu yang bertajuk ‘Hening Rindu’ ciptaan Ikhwan Fattana dan Wan Saleh. Ini merupakan pencalonan keempat Marsha Milan dalam pertandingan lagu dan nyanyian yang berprestij di Malaysia itu.

Marsha Milan, Penyanyi Asal Sabah Rangkul Gelaran Juara AJL39
Marsha Milan, Penyanyi Asal Sabah Rangkul Gelaran Juara AJL39. Sumber: TV3

Menerusi tinjauan di media sosial, ramai yang memuji persembahan Marsha Milan untuk edisi kali ini di mana beliau tampak lebih tenang dan bersederhana selain lebih menjiwai lagu.

Marsha Milan, Penyanyi Asal Sabah Rangkul Gelaran Juara AJL39
Sumber: X
Sumber: X
Sumber: X

Naib juara Anugerah Juara Lagu ke-39 disandang oleh Nadeera Zaini (Bukan Lagi Kita), manakala tempat ketiga diraih oleh Akim & The Majistret (Saksama). Ernie Zakri pula memenangi Anugerah Vokal Terbaik menerusi lagu bertajuk Aura dan Aina Abdul membawa pulang Anugerah Persembahan Terbaik.

Marsha Milan, Penyanyi Asal Sabah Rangkul Gelaran Juara AJL39
Sumber: TV3

Dilahirkan di Amerika Syarikat, Marsha Milan atau nama penuhnya Marsha Milan Londoh sudah menceburkan diri dalam industri seni hampir 20 tahun. Beliau merupakan seorang Kadazan-Dusun dari daerah Tamparuli.

Tahniah sekali lagi diucapkan buat Marsha atas pencapaian ini. Tentunya ini membuktikan kredibiliti dan bakat nyanyiannya yang masih lagi berbisa. Boleh bah kalau kau!

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article MetMalaysia Keluar Amaran Hujan Lebat Hingga Malam Ini Di Sabah Sarawak
Next Article Sabah Gesa Jepun Tarik Balik Larangan Perjalanan Di Pulau-Pulau Sekitar Semporna

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?