• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sabah Gesa Jepun Tarik Balik Larangan Perjalanan Di Pulau-Pulau Sekitar Semporna

Oleh
Farisha
17 Februari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Pulau Semporna dah aman, Sabah ajak Jepun datang lagi

Sabah Gesa Jepun Tarik Balik Larangan Perjalanan Di Pulau-Pulau Sekitar Semporna. Sabah sedang berusaha keras untuk menarik lebih ramai pelancong Jepun kembali ke pulau-pulau indahnya, dan kali ini, kerajaan negeri mahu Jepun mempertimbangkan semula larangan perjalanan ke pulau-pulau sekitar Semporna.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew, telah membawa perkara ini kepada Duta Besar Jepun, Shikata Noriyuki, dalam pertemuan mereka baru-baru ini, menurut laporan media tempatan.

Sabah Gesa Jepun Tarik Balik Larangan Perjalanan Di Pulau-Pulau Sekitar Semporna
Sabah Gesa Jepun Tarik Balik Larangan Perjalanan Di Pulau-Pulau Sekitar Semporna. Gambar hiasan.

“Sabah Selamat, Jangan Risau!” – Datuk Christina Liew

Dalam pertemuan itu, Liew menegaskan bahawa Sabah secara keseluruhannya adalah destinasi yang selamat. Malah, insiden penculikan di Pulau Sipadan yang menjadi sebab utama larangan itu berlaku lebih 20 tahun yang lalu. Katanya lagi, insiden lain di kawasan pantai timur Sabah juga telah lama berakhir.

Beliau juga berkongsi bahawa tahun lalu, para duta besar dari negara lain yang menghadiri sesi taklimat Menteri Dalam Negeri mengenai langkah keselamatan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone) sangat kagum dengan tindakan keselamatan yang dilaksanakan oleh Eastern Sabah Security Command (Esscom). Kalau mereka boleh yakin, kenapa tidak Jepun, kan?

Jepun Dah Mulakan Pelonggaran, Tapi Masih Ada Halangan

Pada Disember tahun lalu, Jepun sebenarnya telah mula melonggarkan larangan perjalanan dengan membenarkan warganegaranya melawat Tawau, Sandakan, dan Lahad Datu. Walaupun ini satu perkembangan yang positif, masih ada sekatan untuk pulau-pulau di sekitar Semporna.

Justeru, Sabah mahu Jepun teruskan kelonggaran ini supaya industri pelancongan di negeri ini boleh kembali rancak seperti dahulu.

Peluang Kerjasama Pelancongan & Pendidikan

Datuk Christina Liew juga mendedahkan bahawa Duta Besar Jepun, Noriyuki, menganggap pertemuan mereka sebagai sesuatu yang istimewa. Noriyuki juga kagum dengan hala tuju pelancongan Sabah dan berharap agar lebih banyak pertukaran pelancongan serta pendidikan dapat diwujudkan antara rakyat Sabah dan Jepun.

Salah satu cara untuk merealisasikan hasrat ini ialah dengan mengembalikan laluan penerbangan antara Kota Kinabalu dan Tokyo serta Kota Kinabalu dan Narita. Malah, penerbangan dari Kota Kinabalu ke Haneda akan kembali beroperasi pada 24 Februari ini selepas lama terhenti. Ini sudah tentu berita baik untuk penggemar Jepun dan mereka yang rindukan ramen asli di Tokyo!

Jom, ke Jepun!

Sabah memang kaya dengan tarikan alam semula jadi yang luar biasa, dari pulau-pulau dengan pantai bak syurga hingga hutan hujan tropika yang eksotik. Dengan langkah keselamatan yang diperketatkan dan insiden lama yang sudah tidak relevan, sudah tiba masanya Jepun memberi peluang kedua kepada Sabah. Jadi, Jepun, tunggu apa lagi? Jom datang dan nikmati keindahan Borneo.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai tempat menarik di Sabah:

Keunikan Turtle Cave Di Pulau Sipadan Sabah, Satu-Satunya Makam Penyu Di Dunia
5 Pulau Tercantik Di Sabah Yang Anda Mesti Kunjungi

SUMBER :The Star
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Marsha Milan, Penyanyi Asal Sabah Rangkul Gelaran Juara AJL39
Next Article Biasiswa Bintulu Port 2025 Kini Dibuka Untuk Pelajar Sarawak B40 Biasiswa Bintulu Port 2025 Kini Dibuka Untuk Pelajar Sarawak B40

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?