Kalau korang tengok masjid ni memang takkan lepas pandangan. Sangat cantik!
Masjid Al Qadim Di Sibu Antara Masjid Yang Tertua Di Sarawak. Kalau sebut sahaja tentang masjid, mesti kita fikirkan masjid adalah tempat umat Islam untuk beribadah, kan? Sememangnya betul, itulah tujuan utama masjid-masjid di dunia.
Namun, apabila kita luaskan lagi perspektif kita, masjid juga memainkan peranan dan bertanggungjawab kepada masyarakat secara keseluruhan. Komuniti masyarakat tersebut termasuklah golongan orang bukan Islam.

Sumber gambar: FB Mohd Radzi Jamaludin
Kenali masjid Al-Qadim, antara masjid tertua di Sarawak yang telah dipulihara
Dalam tempoh jangka masa panjang, masjid juga berfungsi dan bertanggungjawab dalam industri pelancongan. Dari segi reka bentuk seni bina di beberapa masjid yang sangat cantik, unik dan boleh menjadi salah satu tarikan pelancong dunia.

Masjid Al Qadim antara masjid tertua di Sarawak terletak di Kampung Nyabor Sibu telah didirikan pada tahun 1861 kini makin gah setelah pengubahsuaian menurut satu perkongsian di Facebook milik Satar Hj Smawi Ali.

Menurut salah satu pengguna FB, Mohd Radzi Jamaludin dia sempat bertanya kepada pihak yang bertanggungjawab dalam menyiapkan seni rekaan masjid Al-Qadim ini. Katanya, ukiran dan hasil seni kayu ditempah dan disiapkan di Semarang, Indonesia sebelum dipasangkan di masjid tersebut. Wahh patutlah reka bentuknya sangat unik dan menarik!

Penduduknya yang ramah juga menyenangkan para musafir untuk menumpang solat di sini.
Lokasinya yang strategik menjadikannya salah satu masjid yang mudah untuk para musafir singgah menunaikan solat disini. Dengan infrastruktur yang cantik dan kemudahan yang lengkap, maka ianya sangat sesuai untuk kita bawa keluarga solat disini.
Setiap ukiran yang dihasilkan dapat dilihat dalam pelbagai jenis motif dan reka corak yang menarik di mana mempunyai pelbagai maksud yang tersirat dan tersurat.

Itulah masjid Al-Qadim di Sibu yang mempunyai gaya seni bina yang unik dan menarik. Masjid ini semestinya boleh menjadi pilihan destinasi pelancongan apabila mengunjungi bandar Sibu. Makin bertambahla pelancong untuk ke Sibu lepas ni🥰
