• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Sejarah Masjid Bandaraya Kuching, Masjid Pertama Dan Tertua Di Sarawak

Oleh
Nazihah AN
27 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Masjid Pertama Dan Tertua Di Sarawak, Ini Sejarah Masjid Bandaraya Kuching

Masjid ini telah dibina oleh seorang Ketua Orang Melayu Sarawak yang termasyur dan ternama

Ini Sejarah Masjid Bandaraya Kuching, Masjid Pertama Dan Tertua Di Sarawak. Tahukah Anda Sejarah Masjid Bahagian Kuching? Masjid Pertama yang dibina di Bandar Kuching ialah pada tahun 1847.

Masjid Besar inilah yang pertama dan paling tua di Negeri Sarawak dan telah menjadi lambang Islam di negeri ini. Masjid telah dibina oleh seorang Ketua Orang Melayu Sarawak yang termasyur dan ternama, iaitu Datu Patinggi Ali dan keluarganya.

Seterusnya pada tahun 1929 para Dato-Dato dan masyarakat Islam dengan bantuan dari kerajaan Raja Brooke telah sama-sama berusaha membina dan memperelokkan Masjid Negeri ini dengan pembinaan pintu besar, jendela-jendela, mimbar dan kubah tinggi dan besar berwarna hitam.

Bangunan Masjid Besar Sarawak ini menjadi bangunan yang paling cantik serta kemegahan bagi penduduk di Bandar Kuching pada zaman itu. Begitulah ringkasan cerita Masjid Besar Negeri Sarawak ini semenjak tahun 1847 hingga tahun 1967 yang mana telah menemui fasa perubahan dan pengubahsuaian mengikut rentak perubahan masa dan zaman.

Ini Sejarah Masjid Bandaraya Kuching, Masjid Pertama Dan Tertua Di Sarawak
Kredit: Sarawak Tourism Board

Sebelumnya, Masjid Kuching ini dikenali sebagai Masjid Lama

Masjid Besar yang megah ini berdiri teguh sebagai satu syiar Islam yang mulia hinggalah pada tahun 1967 perubahan yang seterusnya telah berlaku dengan perletakan batu asas untuk Masjid Negeri yang baru dibina di tapak yang sama pada tahun yang sama.

Dalam bulan Februari, 1966, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, dijemput untuk meletakkan Batu Asas Masjid yang hendak diperbaharui itu.

Setelah melihat keadaan Masjid dan memandang betapa pentingnya Negeri Sarawak mempunyai sebuah Masjid yang lengkap dan sederhana besarnya, sebagai lambang Islam dan perpaduan, maka beliau mencadangkan supaya masjid lama itu diroboh dan digantikan dengan sebuah masjid yang baru.

Ini Sejarah Masjid Bandaraya Kuching, Masjid Pertama Dan Tertua Di Sarawak
Kredit: Aaron Jeffrey

Cadangan ini telah diterima dan usaha-usaha pun diteruskan untuk memungut lebih besar lagi derma, kerana kos membina sebuah masjid baru dijangkakan menelan belanja kira-kira RM1 juta.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

7 Keunikan Sarawak Yang Anda Perlu Tahu
Ini Senarai Tempat Letak Kenderaan Sempena Regatta Sarawak 2023
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sultan Johor Dipilih Yang di-Pertuan Agong Ke-17
Next Article Ketahui 3 Port Terkenal Untuk Menikmati Beef Noodle Terbaik Di Miri Ketahui 3 Port Terkenal Untuk Menikmati Beef Noodle Terbaik Di Miri

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?