• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lebih 7 Tahun Terbengkalai, Masjid Daerah Ranau Dibuka Sementara Untuk Solat Aidilfitri

Oleh
Nazihah AN
9 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Lebih 7 Tahun Terbengkalai, Masjid Daerah Ranau Dibuka Sementara Untuk Solat Aidilfitri

Masjid Daerah Ranau buat pertama kalinya dapat digunakan semula untuk menunaikan solat Aidilfitri.

Lebih 7 Tahun Terbengkalai, Masjid Daerah Ranau Dibuka Sementara Untuk Solat Aidilfitri. Masjid Daerah Ranau menjadi perhatian orang ramai pada tahun 2019 apabila gambar masjid yang terbengkalai menjadi tular. Pembinaan masjid ini bermula pada tahun 2017 selepas masjid asal rosak akibat gempa bumi pada tahun 2015. Mengikut perancangan awal, masjid ini sepatutnya siap pada tahun 2019.

Namun, selepas 2019, masjid tersebut masih belum mencapai kemajuan yang diharapkan. Kelewatan ini berpunca daripada kontraktor asal yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan gagal menyiapkan projek itu, dan terpaksa melantik kontraktor penyelamat untuk meneruskan pembinaan. Selain itu, sekatan pergerakan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik Covid-19 turut menjejaskan progres pembinaan.

Lebih 7 Tahun Terbengkalai, Masjid Daerah Ranau Dibuka Sementara Untuk Solat Aidilfitri

Lebih 7 Tahun Terbengkalai, Masjid Daerah Ranau Dibuka Sementara Untuk Solat Aidilfitri

Di sinilah peranan Masidi Manjun, seorang ahli Mesyuarat Tindakan Negeri Sabah, sebagai pengerusi mesyuarat menjadi sangat penting. Beliau telah memarahi dan mempersoalkan pegawai yang hadir tentang kelewatan projek itu. “Datuk Masidi marah betul, dia hentak meja semasa dalam mesyuarat. Semua terdiam,” kata seorang saksi.

Akhirnya, pada tahun ini, Masjid Daerah Ranau dapat digunakan semula untuk menunaikan solat Aidilfitri. Masidi sendiri sempat singgah ke masjid tersebut dan mengimamkan solat fardhu.

Walaupun masjid ini merupakan salah satu legasi Masidi, beliau pernah menyatakan bahawa usaha melobi membawa projek ke daerah Ranau bukanlah atas usahanya sendiri, tetapi bersama pemimpin lain. Tiga projek legasi Masidi yang lain ialah MRSM Ranau, Muzium Tamadun Dusun Liwan dan pembinaan semula Masjid Ar-Rahman Daerah Ranau.

Baca juga artikel menarik di bawah:

Penduduk Dipindahkan, Sabah Tukar Status Pulau Gaya Jadi Tumpuan Pelancong
Pempengaruh Sabah Serah Semula Mahkota Unduk Ngadau Gara-Gara Video Tular Di Thailand
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TYT Sarawak Adakan Rumah Terbuka Pada 1 Syawal Di Astana Negeri TYT Sarawak Adakan Rumah Terbuka Pada 1 Syawal Di Astana Negeri
Next Article Sherry Al Hadad Akui Tiket Balik Sarawak Mahal, Cecah RM2000 Pergi Balik KL-Kuching Sherry Al Hadad Akui Tiket Balik Sarawak Mahal, Cecah RM2000 Pergi Balik KL-Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?