• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Amal Tradisi Pisompuruan, Ini Keistimewaan Daerah Ranau Di Sabah Yang Ramai Tak Tahu

Oleh
Husna Hazmi
22 November 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Amal Tradisi Pisompuruan, Ini Keistimewaan Daerah Ranau Di Sabah Yang Ramai Tak Tahu

Mari kita sama-sama ketahui keistemewaan Ranau yang amat sukar didapati di tempat lain terutamanya di masa kini.

Amal Tradisi Pisompuruan, Ini Keistimewaan Daerah Ranau Di Sabah Yang Ramai Tak Tahu. Ranau merupakan tempat yang mempunyai daya tarikan pelancongan yang tinggi kerana ianya mempunyai pemandangan yang indah sekali. Di sini juga terdapat banyak sejarah yang menarik serta budaya yang unik.

Amal Tradisi Pisompuruan, Ini Keistimewaan Daerah Ranau Di Sabah Yang Ramai Tak Tahu
Amal Tradisi Pisompuruan, Ini Keistimewaan Daerah Ranau Di Sabah Yang Ramai Tak Tahu

Pisompuruan

Tetapi, ada satu perkara yang menjadi kebangaan masyarakat Ranau iaitu, tradisi ‘pisompuruan‘. Ianya merupakan satu menifestasi perpaduan markat tertinggi. Di daerah ini, tiada prejudis yang dijurangi oleh perbezaan agama, tiada diskriminasi kerana berlainan bangsa dan seluruh penduduk diikat dengan intim oleh tali persaudaraan sesama masyarakat.

Di daerah ini, tidak ada konsep dominasi dan ketuanan bangsa. Ada banyak orang Cina yang fasih bertutur Dusun. Yang Dusun, ramai menghantar anak ke sekolah Cina. Yang Muslim, tidak ada isu mengizinkan anak belajar di sekolah Anglikan dengan lambang salib di dewan perhimpunan.

Amal Tradisi Pisompuruan, Ini Keistimewaan Daerah Ranau Di Sabah Yang Ramai Tak Tahu

Masjid, tokong dan gereja boleh megah berdiri sebelah menyebelah

Masjid, tokong dan gereja boleh megah berdiri sebelah menyebelah, mengisi ruang sepunya dalam lingkungan jarak kurang seratus meter. Di tempat majoriti Islam, penganut Katolik boleh membina gereja tanpa halangan.

Begitu juga, masjid boleh didirikan tanpa sebarang soal di tengah-tengah perkampungan Kristian. Bahkan, komuniti yang berbeza agama boleh bekerjasama membangun dan menjaga rumah ibadat masing-masing.

Sebagai contoh, Kundasang sebuah desa pergunungan di Ranau. Ia didatangi mubaligh Islam Jawa sekitar tahun 50-an. Menjelang penghujung 60-an, majoriti penduduk tempatan sudah memeluk Islam. Memasuki dekad 70-an dan 80-an, Kundasang sudah tegar dikenali petempatan Dusun Muslim.

Kredit gambar: Twitter Nokokito

Pemodal Cina mula bermukim di Kundasang

Sekitar 90-an, para pemodal Cina mula bermukim di Kundasang untuk membangunkan industri komersial sayur-sayuran hawa sederhana. Kemudian diikuti orang Timur dan Tator dari Indonesia, yang berhijrah masuk sebagai pekerja sektor pertanian moden ini. Sekarang sudah ada tokong dan gereja di Kundasang bagi memenuhi keperluan spiritual komuniti migran, meski pun jumlah mereka sangat minoriti.

Ranau ini sememangnya destinasi pelancongan yang kaya dengan bermacam tarikan yang menawan kalbu. Tapi bukan itu saja kelebihannya, daerah ini juga memberi seribu nilai murni dan pengajaran yang boleh dicontohi oleh ramai masyarakat di Malaysia mahupun di dunia.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Peserta Rancangan Realiti Di Sarawak Dedah Masih Belum Menerima Payment Setahun Lebih Peserta Rancangan Realiti Di Sarawak Dedah Masih Belum Terima Payment Setahun Lebih
Next Article Aliran Air Sungai Berwarna Merah Di Balung Lost World Tawau Untuk Anda Kunjungi

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?