• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Suku Pertama 2025, MASwings Dijangka Sah Milik Sarawak Sepenuhnya

Oleh
Farisha
30 Disember 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

MASwings dijangka sah milik Sarawak pada suku pertama tahun depan

Suku Pertama 2025, MASwings Dijangka Sah Milik Sarawak Sepenuhnya. Kerajaan Sarawak kini menjangkakan pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings akan dimuktamadkan selewat-lewatnya pada suku pertama tahun 2025.

Kelewatan ini berpunca daripada perbezaan dalam penilaian aset, menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Suku Pertama 2025, MASwings Dijangka Sah Milik Sarawak Sepenuhnya
Suku Pertama 2025, MASwings Dijangka Sah Milik Sarawak Sepenuhnya

Dalam pada itu, Abang Johari menjelaskan bahawa perjanjian secara prinsip telah dicapai antara Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM). Bagaimanapun, penilaian aset kekal sebagai isu utama yang memerlukan penyelesaian.

“Isu utama yang tinggal adalah penilaian aset. Kami telah menjalankan penilaian kami sendiri, dan mereka juga mempunyai penilaian mereka,” ujar beliau, menurut laporan media tempatan.

Untuk mengatasi perbezaan ini, kerajaan Sarawak telah melantik pihak ketiga yang bebas untuk membuat penilaian terhadap aset MASwings. Abang Johari menegaskan bahawa langkah ini penting bagi memastikan ketelusan dan keadilan dalam proses pengambilalihan tersebut.

“Pihak kami mempunyai audit tersendiri, dan mereka juga begitu. Oleh kerana tiada kata sepakat, kami menyerahkan perkara ini kepada pihak ketiga untuk membuat keputusan. Rundingan masih berjalan,” tambahnya.

Meskipun kelewatan berlaku, Premier Sarawak tetap optimis bahawa isu ini akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat, dengan mengambil kira bahawa proses ini melibatkan kerjasama antara kerajaan. Perkembangan ini diyakini akan membawa manfaat besar kepada negeri Sarawak dalam jangka masa panjang.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai pengambilalihan MASWings:

Sarawak Sasar Enam Destinasi Penerbangan Antarabangsa Selepas Ambil Alih MASWings
Abang Jo Umum Tambang Penerbangan MASWings Dijangka Lebih Murah
SUMBER :Dayak Daily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bukan Myvi, Kini Axia Pula Buat Hal Dalam Sampan Di Marudi
Next Article Sarawak Bakal Terima 1,500 Guru Baharu, Penempatan Diselaraskan Melalui Sistem e-Graduan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?