• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

MASwings Tambah Penerbangan Dari Miri Ke Lawas Dan Limbang Mulai Hari Ini

Oleh
Nazihah AN
17 Disember 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
MASwings Tambah Penerbangan Dari Miri Ke Lawas Dan Limbang Mulai Hari Ini

MASwings menambah kekerapan penerbangan antara Miri, Limbang dan Lawas

MASwings Tambah Penerbangan Dari Miri Ke Lawas Dan Limbang Mulai Hari Ini. Telah dilaporkan bahawa syarikat penerbangan serantau Sabah dan Sarawak iaitu MASwings, menambah penerbangan ke Lawas, Limbang dan Miri mulai pada hari ini.

Isi Isi Penting
  • MASwings menambah kekerapan penerbangan antara Miri, Limbang dan Lawas
  • Untuk memenuhi keperluan tempatan dan perniagaan semasa
  • Mengukuhkan lagi kedudukan daerah
  • Lagi di sini:

Dipetik dari DayakDaily langkah ini dibuat berikutan pengumuman kerajaan baru-baru ini untuk melaksanakan pelan rasionalisasi bagi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) di Sabah dan Sarawak.

MASwings Tambah Penerbangan Dari Miri Ke Lawas Dan Limbang Mulai Hari Ini
Sumber gambar: FB MASwings

Untuk memenuhi keperluan tempatan dan perniagaan semasa

Ketua Pegawai Operasi MASwings, Kapten Nasaruddin A Bakar dalam satu kenyataan berkata pelan rasionalisasi itu melibatkan kajian semula objektif RAS antara perkara utama lain untuk memenuhi keperluan tempatan dan perniagaan semasa.

Oleh itu, MASwings akan menambahkan penerbangan berjadual mingguan Obligasi Perkhidmatan Awam (PS) semasa antara Miri ke Lawas dan Miri ke Limbang. Bagi laluan Miri – Lawas, pertambahan daripada 35 penerbangan seminggu kepada 44 dan Miri – Limbang daripada 21 penerbangan seminggu kepada 28.

MASwings Tambah Penerbangan Dari Miri Ke Lawas Dan Limbang Mulai Hari Ini
Sumber gambar: DayakDaily

Mengukuhkan lagi kedudukan daerah

Beliau juga percaya penaiktarafan Lapangan Terbang Mukah baru-baru ini akan membolehkan jumlah penumpang yang lebih besar berulang-alik dari Mukah yang akan mengukuhkan lagi kedudukan daerah itu sebagai penyumbang kepada pembangunan ekonomi Sarawak.

Penambahan jumlah penerbangan ini diharap dapat memudahkan perhubungan antara daerah khususnya di utara Sarawak.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘Warrior Spirit’, Muzik Video Alena Murang Menang Anugerah Video Terbaik Antarabangsa Di Buenos Aires Kali Ini
Next Article Dos Penggalak Harus Diambil Sebelum Februari, Akan Dianggap Tak Divaksin Sepenuhnya Jika Gagal Berbuat Demikian Dos Penggalak Harus Diambil Sebelum Februari, Akan Dianggap Tak Divaksin Sepenuhnya Jika Gagal Berbuat Demikian

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?