• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penemuan Mayat Reput Di Tabuan, Lelaki Ini Ditahan Untuk Bantu Siasatan

Oleh
Nazihah AN
16 Disember 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Penemuan Mayat Reput Di Tabuan, Lelaki Ini Ditahan Untuk Bantu Siasatan

Tular mayat reput ditemui di Jalan Setia Raja

Penemuan Mayat Reput Di Tabuan, Lelaki Ini Ditahan Untuk Bantu Siasatan. Seorang lelaki berusia 23 tahun telah diperintahkan oleh Mahkamah Majistret di Kuching hari ini untuk membantu siasatan berhubung penemuan mayat reput dalam longkang di Jalan Setia Raja lewat Sabtu lalu.

Majistret Ling Hui Chuan memerintahkan lelaki tersebut ditahan selama tujuh hari sehingga 22 Disember, susulan permintaan pihak polis untuk memudahkan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Penemuan Mayat Reput Di Tabuan, Lelaki Ini Ditahan Untuk Bantu Siasatan
Sumber gambar: Galileo Petingi via The Borneo Post

Proses bedah siasat sedang dijalankan

Lelaki itu ditahan oleh pihak polis pada hari yang sama penemuan mayat tersebut dilaporkan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Ketua Polis Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah mengesahkan kes tersebut dan berkata, “Proses pengecaman mayat dan bedah siasat akan dijalankan untuk membantu siasatan.”

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan menyebarkan berita yang tidak sahih kerana ini boleh mengganggu usaha polis. ACP Mohd Farhan menyeru kerjasama orang ramai dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di 082-244 444 atau Pegawai Penyiasat ASP Tan Kian Kok di 010-566 1576.

Baca juga artikel semasa di bawah:

Wanita Hilang Selepas Berjumpa Lelaki Baru Dikenali, Ditemui Meninggal Di Tabuan
Peluang Emas, Pendidikan Perakaunan Dan Kewangan Percuma Di Sarawak Mulai 2026
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Elaun Kekal RM8 Sehari, PLKN 3.0 Dilaksanakan Di Kem Tentera Bermula Januari 2025
Next Article Kos Pergi Haji 2025 Bermula RM15K, Ini Apa Yang Bakal Jemaah Perlu Tahu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?