• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Wanita Hilang Selepas Berjumpa Lelaki Baru Dikenali, Ditemui Meninggal Di Tabuan

Oleh
Ismail NA
15 Disember 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Al-Fatihah buat mangsa

Wanita Hilang Selepas Berjumpa Lelaki Baru Dikenali, Ditemui Meninggal Di Tabuan. Seorang wanita yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya sejak lebih seminggu yang lalu ditemui dalam keadaan tidak bernyawa, semalam.

Wanita yang berusia 26 tahun tersebut kali terakhir dilihat oleh ahli keluarga sejak berjumpa dengan seorang lelaki yang baru dikenali, yang juga merupakan lelaki warga tempatan.

Wanita Hilang Selepas Berjumpa Lelaki Baru Dikenali, Ditemui Meninggal Di Tabuan
Wanita Hilang Selepas Berjumpa Lelaki Baru Dikenali, Ditemui Meninggal Di Tabuan. Lelaki yang dipercayai orang terakhir berjumpa dengan arwah sejak lebih seminggu lalu. Sumber: FB Satila Layla

Mangsa memakai pakaian berwarna kuning, lengkap dengan aksesori emas, beg tangan, dompet dan telefon bimbit iPhone.

Berita tentang kehilangan mangsa telah dimuatnaik oleh ahli keluarga wanita berkenaan di laman Facebook berserta maklumat berhubung lelaki yang dijumpainya. Telefon bimbit mangsa juga tidak dapat dihubungi sejak malam kehilangan.

Teman lelaki sempat ke Kemboja, konon sebagai penyokong Harimau Malaya

Walau bagaimanapun, telefon bimbit lelaki tersebut masih dapat dihubungi namun tidak pernah berjawab, selain telah menyekat semua nombor telefon ahli keluarga mangsa.

Lelaki tersebut juga dilaporkan telah terbang ke Kemboja, kononnya bagi menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Kemboja. Namun, perjalanannya ke sana tidak ditemani oleh mangsa, menyebabkan keberadaan mangsa menjadi tanda tanya besar.

Mayat mangsa didakwa ditemui di kawasan berhampiran Samajaya, Tabuan Kuching. Kes masih dalam siasatan polis.

Sementara itu, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa. Takziah buat keluarga mangsa dan semoga keadilan dapat ditegakkan.

Para wanita juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi seperti ini untuk tujuan keselamatan

Dengan Hanya 3 Perkataan, Wanita Hilang di Hutan Lundu Ini Berjaya Ditemui
Kehilangan Wanita Dari Miri Berakhir Tragis, Ini Kronologi Pembunuhan Nur Farah Kartini

SUMBER :Facebook Satila Layla
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Dalam Pindaan Ordinan Buruh Sarawak 2024
Next Article NGO Sabah Tuntut Penjelasan GLC Dan Hak Minyak Khas Untuk Rakyat Sabah Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?