• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

McDonald’s Malaysia Sumbang RM1 Juta Kepada Dana Kemanusiaan Palestin

Oleh
Farisha
18 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

McDonald’s Malaysia sumbang RM1 juta kepada Palestin

McDonald’s Malaysia Sumbang RM1 Juta Kepada Dana Kemanusiaan Palestin. Demi menyahut seruan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, McDonald’s Malaysia menyumbang RM1 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin sebagai tanda sokongan terhadap mereka yang terjejas akibat konflik di Gaza.

Pengesahan itu dibuat McDonald’s Malaysia menerusi kenyataan mereka semalam di laman Facebook rasmi mereka.

McDonald's Malaysia Sumbang RM1 Juta Kepada Dana Kemanusiaan Palestin
Sumber: facebook

Menyahut seruan PMX

Menurut McDonald’s Malaysia, tindakan tersebut selaras dengan hasrat murni kerajaan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, minggu lepas.

“Usul Perdana Menteri untuk memperuntukkan RM10 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin adalah sejajar dengan komitmen kami untuk menyokong mereka yang terjejas akibat konflik di Gaza.

Untuk menyokong misi bantuan kemanusiaan di Gaza dan berharap memberi impak yang besar kepada rakyat Palestin

“Lantaran itu, McDonald’s Malaysia berganding bahu bersama kerajaan dalam menyokong pendanaan ini dengan harapan supaya membantu rakyat Palestin yang sedang menghadapi masa yang sukar,” jelasnya menurut sumber.

Tambahnya, pemberian sumbangan itu ke Dana Kemanusiaan Palestin adalah untuk menyokong misi bantuan kemanusiaan di Gaza. Ia meliputi bantuan dari segi perubatan, makanan, tempat tinggal dan bantuan pemindahan sekiranya diperlukan oleh pasukan penyelamat.

Selain sumbangan tersebut, McDonald’s Malaysia juga menggalakkan pekerja-pekerjanya dari seluruh negara untuk menyertai usaha pengumpulan dana. Mereka turut berharap usaha ini akan memberi impak yang bermakna dalam kehidupan mereka yang terkesan di Gaza.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Belanjawan 2024, Ini Intipati Berkaitan Cukai Dan Insentif
Belanjawan 2024, Ini Ringkasan Peruntukan Untuk Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Polis Tahan Pengasas Bersama Syarikat Penerbangan Bergelar Datuk Polis Tahan Pengasas Bersama Syarikat Penerbangan Bergelar Datuk
Next Article Tengku Hassanal Pakai Baju Bidayuh Jadi Perhatian Warga Sarawak Tengku Hassanal Pakai Baju Bidayuh Jadi Perhatian Warga Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?