• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

’27 Tahun Berjuang Akhirnya Tercapai’, Individu Dari Sarawak Menghargai Kerajaan Madani Anwar Ibrahim

Oleh
ILB - AI
26 Jun 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Individu berterima kasih dengan Kerajaan Madani DSAI kerana hajat ayahnya tertunai

‘27 Tahun Berjuang Akhirnya Tercapai’, Individu Dari Sarawak Menghargai Kerajaan Madani Anwar Ibrahim. Tular baru-baru ini mengenai seorang individu meluahkan rasa puas hati dan berterima kasih dengan perjuangan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, individu berasal dari Murum Belaga Sarawak, Ariff Peter menyatakan bahawa ayahnya berjuang untuk menuntut pampasan bakun hidroelektrik selama 27 tahun dan akhirnya tertunai hajatnya oleh DSAI.

27 Tahun Berjuang Akhirnya Tercapai, Individu Dari Sarawak Menghargai Kerajaan Madani Anwar Ibrahim
Sumber: Twitter

27 tahun berjuang untuk ayahnya menuntut pampasan

“27 tahun ayah aku berjuang menuntut pampasan bakun hidroeletrik yang menenggelamkan kampung kami akhirnya diambil tindakan oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

“Bayangkan berapa ramai orang kampung mati tak sempat dapat pampasan tersebut selama ini. Terima kasih PMX (DSAI),” ujarnya di laman Twitter tersebut.

Bukan itu sahaja, Ariff turut memuat naik bukti kerja Kerajaan Madani yang dibangunkan oleh DSAI, akhirnya berjaya.

27 Tahun Berjuang Akhirnya Tercapai, Individu Dari Sarawak Menghargai Kerajaan Madani Anwar Ibrahim
Sumber: Twitter

“Harap rakyat Malaysia boleh menilai kerajaan mana yang peduli dan bekerja untuk rakyat. Siap boleh bincang dan take note masalah kami,” tambahnya lagi dengan pujian bertalu-talu untuk DSAI.

Netizen turut memberi reaksi positif

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen tidak dapat membayangkan bapa kepada individu tersebut menunggu 27 tahun untuk kerajaan mengambil tindakan.

Dalam pada itu, segelintir netizen turut mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan kepada Ariff serta mendoakan kejayaan kepada DSAI sekeluarga.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Baca juga artikel yang berkaitan:

Anwar Ibrahim: Sarawak ‘Dilantik’ Jadi Pembekal Utama Gas Hidrogen Ke Indonesia
Latih Diri Di Usia Muda, PM Anwar Mahu Murid Sekolah Belajar Bersihkan Tandas
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dikenakan Bayaran Masuk RM5 Seorang, Individu Kesal Dengan Pihak Pengurusan Pantai Trombol Dikenakan Bayaran Masuk RM5 Seorang, Individu Kesal Dengan Pihak Pengurusan Pantai Trombol
Next Article Tular Rakaman CCTV Lelaki Dipercayai Cuba Rogol Gadis Di Tuaran, Orang Awam Gesa Polis Ambil Tindakan Tular Rakaman CCTV Lelaki Dipercayai Cuba Rogol Gadis Di Tuaran, Orang Awam Gesa Polis Ambil Tindakan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?