• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

McDonald’s Lancar Tiga Menu Rahmah Bermula Hari Ini

Oleh
Aina Musa
8 Mac 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
McDonald's Lancar Tiga Menu Rahmah Bermula Hari Ini

Hanya RM 5!

McDonald’s Lancar Tiga Menu Rahmah Bermula Hari Ini. Penglibatan pengendali industri makanan terkemuka di negara ini membuktikan inisiatif kerajaan memperkenalkan Menu Rahmah tidak berniat untuk menekan dan memaksa peniaga.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, restoran-restoran terkemuka tidak diarahkan sebaliknya secara rela menyertai inisiatif itu demi membantu golongan B40.

“Kita tidak kacau pun (peniaga), KPDN tidak hantar penguat kuasa untuk arahkan peniaga harga makanan kalau tidak kami ambil tindakan.

McDonald's Lancar Tiga Menu Rahmah Bermula Hari Ini
McDonald’s Lancar Tiga Menu Rahmah Bermula Hari Ini. Kredit: Malaysia Gazette

Sesuai untuk yang tengah jimat bajet!

“Bukan begitu konsepnya. Ini melalui libat urus melalui persetujuan bersama tanpa janji kepada pemain industri,” katanya ketika menyampaikan ucapan Pelancaran Menu Rahmah McDonald’s di sini hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s, Melati Abdul Hai.

Selain itu, Salahuddin berkata, penjualan pelbagai makanan turut membuktikan menu berkenaan bukanlah tidak berkualiti seperti yang didakwa baru-baru ini.

“Penyertaan McDonald’s besar ertinya kerana membuktikan dan menafikan segala tomahan kononnya Menu Rahmah menekan peniaga kecil dan kerajaan seperti memaksa juga timbul isu peniaga kecil tidak mendapat keuntungan.

McDonald's Lancar Tiga Menu Rahmah Bermula Hari Ini

“Dengan penyertaan ini juga membuktikan Menu Rahmah bukan menu kelas rendah atau sengaja dibuat khusus untuk golongan B40 tetapi ia adalah menu premium,” tambahnya.

Dalam ucapannya, Salahuddin turut merakamkan penghargaan kepada syarikat penyedia makanan segera terkemuka tersebut kerana rela mengikuti jejak langkah restoran lain untuk menjual Menu Rahmah.

Beri peluang kumpulan B40 untuk merasai McD

“Saya hanya mampu ketika itu cadangkan McD kemuka Menu Rahmah. Rupanya mereka pun memang berniat untuk ke arah membantu rakyat memerlukan B40 menerusi penjualan menu ini,” tambahnya.

Menurut beliau, sehingga kini sebanyak 1,152 buah restoran menjual Menu Rahmah tidak termasuk lebih 300 cawangan McDonald’s yang turut serta bermula hari ini.

Menu Rahmah McDonald’s menawarkan tiga pilihan berharga RM5 iaitu burger ayam, bubur ayam dan McEgg yang masing-masing disertakan dengan teh ais limau cawan kecil.

Menu ini boleh didapati sepanjang hari di semua cawangan McDonald’s seluruh negara.

Sementara itu, Salahuddin berkata, beberapa buah restoran besar bakal menyertai inisiatif jualan Menu Rahmah dalam masa terdekat.

Lagi senarai lokasi menu rahmah di Kuching:

38 Kedai Makan Termasuk Di Luar Bandar Sarawak Menawarkan Menu Rahmah
38 Kedai Makan Termasuk Di Luar Bandar Sarawak Menawarkan Menu Rahmah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sempena Hari Wanita Sedunia, Ini 8 Wanita Hebat Kelahiran Borneo Buat Inspirasi Semua
Next Article Menggunakan Teknologi Hidrogen, Prototaip ART Sarawak Telah Diuji Di China Menggunakan Teknologi Hidrogen, Prototaip ART Sarawak Telah Diuji Di China

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?