• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

McDonald’s Malaysia Buka Cawangan Baharu Di Tuaran Sabah

Oleh
Farisha
30 Oktober 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

McDonald’s Malaysia kukuhkan perniagaan di Sabah, buka restoran baharu di Tuaran 

McDonald’s Malaysia Buka Cawangan Baharu Di Tuaran Sabah. McDonald’s Malaysia melakar peristiwa penting dalam perkembangan perniagaannya di Negeri Sabah dengan merasmikan pembukaan restoran terbaharunya, McDonald’s Pandu-Lalu Tuaran Town, hari ini. Perasmian restoran baharu ini disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.

Perasmian restoran ini menekankan komitmen McDonald’s Malaysia dalam misi membuka 36 buah restoran di Negeri Sabah menjelang 2030. Sehingga 2024, McDonald’s Malaysia telah beroperasi di 22 lokasi di seluruh negeri tersebut dengan sokongan 800 tenaga kerja tempatan. Kini, terdapat 370 restoran McDonald’s di seluruh Malaysia.

McDonald's Malaysia Buka Cawangan Baharu Di Tuaran Sabah
McDonald’s Malaysia Buka Cawangan Baharu Di Tuaran Sabah

“Kami sangat gembira dengan pembukaan restoran terbaharu kami di Sabah ini. Besar harapan kami agar restoran ini mampu meluaskan lagi penyampaian ‘Delicious Feel-Good Moments’ atau kenangan terindah kepada para pelanggan, sekaligus menjadikan McDonald’s sebagai restoran pilihan utama bagi masyarakat di sini. Sebagai syarikat tempatan, kami sentiasa berusaha untuk memastikan perniagaan kami dapat menyumbang kembali kepada kebajikan, kemahiran, dan taraf ekonomi masyarakat,” kata Dato’ Haji Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

McDonald’s Malaysia sumbang RM100,000 zakat perniagaan kepada MUIS

Selain itu, McDonald’s Malaysia turut mengambil kesempatan menyerahkan pembayaran zakat perniagaan bagi tahun 2024 berjumlah RM100,000 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) untuk diagihkan kepada golongan asnaf di negeri ini.

Dalam pada itu, McDonald’s Malaysia dan badan kebajikan pilihannya, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia), turut menyumbang 1,300 Pek Kembali Ke Sekolah kepada kanak-kanak sekolah rendah daripada keluarga kurang berkemampuan di Negeri Sabah. Sejak tahun 2017, lebih 6,000 kanak-kanak di Negeri Sabah telah menerima manfaat daripada program Pek Kembali Ke Sekolah ini.

McDonald’s perluas rangkaian di Sabah, beri peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan

Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah, selain memberi motivasi kepada murid untuk memulakan sesi persekolahan baharu. RMHC Malaysia juga telah membuka Rumah Ronald McDonald keempat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), yang telah memberi manfaat kepada hampir 100 keluarga kurang berkemampuan dari Sabah sejak ia dibuka tahun lepas. Rumah Ronald McDonald di HWKKS ini juga merupakan yang pertama di Sabah dan di Malaysia Timur.

Selain itu, RMHC Malaysia juga akan memberikan geran perubatan berjumlah RM100,000 kepada HWKKS yang akan digunakan untuk membiayai rawatan perubatan, peralatan, dan keperluan kritikal lain untuk kanak-kanak yang memerlukan.

“Dengan pembukaan restoran baharu kami di Tuaran ini, ia juga secara langsung memberi peluang kepada kami untuk mendekati dan menyumbang kepada golongan masyarakat yang memerlukan di sekitarnya. Ini sangat bertepatan dengan nilai teras syarikat yang sangat mengutamakan kesejahteraan serta mahu mewujudkan impak positif dalam masyarakat,” tambah Dato’ Haji Azmir Jaafar, yang juga merangkap RMHC Malaysia.

Baca juga artikel yang berkaitan:

4 Kedai Popular Bakal Buka Cawangan Baru Di Summer Mall Samarahan
Subway Bakal Buka Cawangan Pertama Samarahan Di Aiman Mall
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Mohon Peruntukan Besar, Lebih 1.3K Penempatan Di Sarawak Tiada Akses Jalan Sarawak Mohon Peruntukan Besar, Lebih 1.3K Penempatan Di Sarawak Tiada Akses Jalan
Next Article Banteng Borneo, Mamalia Yang Hanya Ada Di Sabah Kini Diklasifikasikan Terancam Banteng Borneo, Mamalia Yang Hanya Ada Di Sabah Kini Diklasifikasikan Terancam

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?