• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Mohon Peruntukan Besar, Lebih 1.3K Penempatan Di Sarawak Tiada Akses Jalan

Oleh
Nazihah AN
30 Oktober 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Sarawak Mohon Peruntukan Besar, Lebih 1.3K Penempatan Di Sarawak Tiada Akses Jalan

1,300 Penempatan Di Sarawak Tanpa Akses Jalan

Sarawak Mohon Peruntukan Besar, Lebih 1.3K Penempatan Di Sarawak Tiada Akses Jalan. Kerajaan Sarawak memerlukan peruntukan besar berjumlah RM38.4 bilion untuk membina akses jalan ke lebih 1,300 penempatan di kawasan pedalaman.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, peruntukan ini akan melibatkan pembinaan jalan baharu sepanjang 1,292 kilometer dan kerja menaiktaraf jalan sedia ada sepanjang 4,782 kilometer.

Sarawak Mohon Peruntukan Besar, Lebih 1.3K Penempatan Di Sarawak Tiada Akses Jalan
Sarawak Mohon Peruntukan Besar, Lebih 1.3K Penempatan Di Sarawak Tiada Akses Jalan. Gambar sekadar hiasan

Menara Telekomunikasi Baharu Bakal Dibangunkan di Kawasan Pedalaman Sarawak

Pengumuman ini dibuat dalam Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) antara Kerajaan Sarawak dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli di Kuching. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah yang mewakili beliau.

Selain infrastruktur jalan raya, Sarawak juga memerlukan peruntukan RM20 bilion untuk mencapai liputan air bersih 100 peratus, memandangkan masih terdapat 86,000 isi rumah yang belum mendapat bekalan air bersih. Dalam pada itu, sebanyak 5,500 isi rumah masih belum mendapat bekalan elektrik, yang memerlukan peruntukan RM1.3 bilion untuk mencapai 100 peratus bekalan elektrik 24 jam di luar bandar.

Bagi memperkukuh infrastruktur telekomunikasi, Sarawak memohon pertimbangan Kerajaan Persekutuan untuk membina 1,800 menara telekomunikasi dengan kos RM6.3 bilion. Ini bertujuan untuk mencapai liputan internet sepenuhnya di seluruh Sarawak.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

Sri Aman Jadi Lokasi Pertama Di Sarawak Guna Lampu Isyarat Pintar STILE
Tayar Pecah Akibat Jalan Berlubang Di Tuaran-Tebobon, Penduduk Desak Tindakan Segera

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kes Buang Bayi Dalam Besen Sampah, Polis Sibu Tahan Lelaki 44 Tahun Dan Remaja 14 Tahun
Next Article McDonald’s Malaysia Buka Cawangan Baharu Di Tuaran Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?