• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

McDonalds, Starbucks Dan Coca-Cola Gantung Aktiviti Perniagaan Di Russia

Oleh
Nazihah AN
9 Mac 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
McDonalds, Starbucks Dan Coca-Cola Gantung Aktiviti Perniagaan Di Russia

Ketiga- tiga syarikat terkemuka ini telah mengeluarkan notis baru-baru ini

McDonalds, Starbucks Dan Coca-Cola Gantung Aktiviti Perniagaan Di Russia. McDonalds dan Starbucks secara rasminya menutup semua kedai yang beroperasi di Rusia, manakala Coca-Cola dan PepsiCo mengumumkan bahawa mereka menggantung dan menyekat aktiviti perniagaan di Rusia.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) McDonald’s Chris Kempezinski dalam satu kenyataan berkata, kesemua 847 restoran yang beroperasi di Rusia diarah tutup. Sebagai tindak balas kepada sekatan terhadap kerajaan Valdimir Putin kerana serangan dan kematian di Ukraine.

Beliau turut merasa simpati kepada rakyat Ukraine yang terjejas akibat serangan itu. Sebanyak 84% restoran McDonald’s dikendalikan oleh syarikat itu sendiri dan bukannya melalui francais, dengan Rusia menyumbang lebih daripada 9% kepada pendapatan syarikat pada 2021.

McDonalds, Starbucks Dan Coca-Cola Gantung Aktiviti Perniagaan Di Russia
Tangkap layar dari https://corporate.mcdonalds.com/

McDonalds, Starbucks Dan Coca-Cola Gantung Aktiviti Perniagaan Di Russia
Tangkap layar dari https://stories.starbucks.com/

Starbucks menggantung semua aktiviti perniagaan di Moscow

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Starbucks Kevin Johnson telah mengeluarkan notis kepada semua pekerjanya di Rusia mengenai keputusan syarikat itu untuk menggantung semua aktiviti perniagaan di Moscow.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Johnson, beliau mengecam tindakan Rusia tetapi tetap akan menyokong lebih 2,000 pekerja syarikatnya di negara itu dalam tindak balas kemanusiaan.

Selain itu, Syarikat minuman berkarbonat yang terkemuka iaitu Coca Cola, juga turut mengenakan sekatan dan menggantung perniagaan di Rusia sebagai tanda boikot. Manakala Pepsi Co juga menyekat penjualan minuman berkarbonatnya namun masih meneruskan penjualan produk lain seperti produk makanan bayi dan tenusu.

McDonalds, Starbucks Dan Coca-Cola Gantung Aktiviti Perniagaan Di Russia
Tangkap layar dari https://www.coca-colacompany.com/

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kehijauan Tersembunyi Dalam Terowong Batu Kapur, Terokai Gua Pari-Pari Di Bau
Next Article View 360 Darjah, Jom Tonton Persembahan Teater ‘Behind The Intimate Wall’ Di Think & Tink Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?