I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Reading: View 360 Darjah, Jom Tonton Persembahan Teater ‘Behind The Intimate Wall’ Di Think & Tink Kuching
Notification Show More
Latest News
Ingin Mengikut Kejayaan Norway, Kerajaan Sarawak Mahu Menubuhkan Dana Berdaulat
Ingin Mengikut Kejayaan Norway, Kerajaan Sarawak Mahu Menubuhkan Dana Berdaulat
15 Mei 2022
F952BD18 7D7C 4298 B671 79B4BB61DE83 Fenomena Rare Kupu-Kupu Kuning Di Jalan Kota Marudu Bikin Netizen Teruja
Fenomena Rare Kupu-Kupu Kuning Di Jalan Kota Marudu Bikin Netizen Teruja
15 Mei 2022
BeFunky collage24 Craving Nasi Sugarbun? Wanita Ini Kongsi Resepi Nasi Kismis Sugarbun Yang Lazat
Craving Nasi Sugarbun? Wanita Ini Kongsi Resepi Nasi Kismis Sugarbun Yang Lazat
14 Mei 2022
BeFunky collage 2021 06 09T182057.602 Kenali Beting Patinggi Ali, Perairan Sarawak Yang Menjadi Rebutan China
Kenali Beting Patinggi Ali, Perairan Sarawak Yang Menjadi Rebutan China
14 Mei 2022
Terselamat Dari 3 Kejadian Kapal Tenggelam, Ini Adalah Kisah Kucing Yang Digelar 'Unsinkable Sam'
Selamat Dari 3 Kejadian Kapal Karam, Ini Kisah Kucing Yang Digelar ‘Unsinkable Sam’
14 Mei 2022
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

View 360 Darjah, Jom Tonton Persembahan Teater ‘Behind The Intimate Wall’ Di Think & Tink Kuching

Nur Afifah
Oleh Nur Afifah
Dikirim pada 09/03/22 3:43 PM
Kongsi
6 Min Bacaan
BeFunky collage 3 1 View 360 Darjah, Jom Tonton Persembahan Teater 'Behind The Intimate Wall' Di Think & Tink Kuching
Kongsi
Sponsored

Projek teater rintis ini adalah hasil kolaborasi antara 3 cabang komuniti seni di Kuching.

View 360 Darjah, Jom Tonton Persembahan Teater ‘Behind The Intimate Wall’ Di Think & Tink Kuching. Bilakah pertama kali anda menonton persembahan teater? Atau langsung belum pernah menonton teater?

Gunakan kesempatan ini untuk mendalami persembahan seni teater yang jarang-jarang sekali dipersembahkan di Kuching!

Sponsored

Bertempat di bekas tapak pasaraya lama Ting & Ting, teater kontemporari bertajuk ‘Behind the Intimate Wall’ akan membawa anda menyelami kisah tiga orang individu yang bernama Vanessa, Demi dan Francis yang mengharungi hari-hari sewaktu PKP. Tiga watak yang sangat berbeza ini saling tidak mengenali antara satu sama lain namun dipertemukan secara rawak pada hari-hari biasa mereka menjalani kehidupan.

Pertemuan ini sekaligus menyingkap kisah hidup masing-masing sewaktu perintah kawalan pergerakan dan mengisahkan bagaimana mereka menangani trauma yang hadir dalam hidup mereka.

Sponsored
View 360 Darjah, Jom Tonton Persembahan Teater 'Behind The Intimate Wall' Di Think & Tink Kuching
View 360 Darjah, Jom Tonton Persembahan Teater ‘Behind The Intimate Wall’ Di Think & Tink Kuching. Kredit : FB Think & Tink

Teater yang memfokuskan kepada jalan cerita, penyampaian dan ekspresi

Projek teater rintis ini adalah hasil kolaborasi asli daripada tiga cabang komuniti seni di Kuching yang terdiri daripada Wendy Teo Atelier (pereka set/ruang), Wordsmith of Kuching (penulis skrip) dan Projek Spektrum (komuniti pengarah/pembangunan teater dan audiens).

Pengarah teater ini, Walid Ali daripada Projek Spektrum memberitahu I Love Borneo bahawa teater ini merupakan sebuah teater yang memfokuskan kepada jalan cerita dan seni persembahan teater yang jarang sekali didedahkan kepada orang awam. Walau bagaimanapun, audiens bebas untuk mentafsir jalan cerita mengikut pemahaman mereka sendiri.

Sponsored
View 360 Darjah, Jom Tonton Persembahan Teater 'Behind The Intimate Wall' Di Think & Tink Kuching
Kredit : FB Think & Tink

Projek Spektrum merupakan sebuah komuniti seni yang memfokuskan kepada pembangunan bakat-bakat pengarah baharu, pendedahan teater kepada audiens serta aktiviti pengarahan teater di Kuching. Sehingga kini, Projek Spektrum telah mengasah 8 bakat pengarah muda yang bakal menggalas tanggungjawab menyuburkan ekosistem persembahan teater di Kuching.

Dari segi penulisan skrip teater ini pula, pasukan Wordsmith of Kuching yang dianggotai oleh Angelina Bong, Lofrine Layam dan Maclean Patrick telah bergabung idea untuk menampilkan sebuah naskhah berkaitan kehidupan sewaktu PKP. Karakter yang dijelmakan ke dalam naskhah ‘Behind the Intimate Wall’ ini adalah terjemahan kepada kepayahan untuk kekal bertahan di waktu-waktu sukar; menerusi karakter yang berbeza-beza.

Sponsored

Kesan khas dan eksperimentasi pencahayaan mengukuhkan lagi visual teater ‘Behind the Intimate Wall’

Bagi pasukan Wendy yang juga merupakan pengasas kepada Borneo Laboratory, mereka menggabungkan elemen seni, arkitek, perabot dan reka bentuk dalaman bagi menyerlahkan persona dan karakter setiap watak di dalam teater tersebut. Setiap ‘kotak’ watak dalam teater ini dikelilingi oleh lampu bagi memberikan kesan sorotan dan pencahayaan khas. Penggunaan kadbod ala-ala wayang kulit pula bakal mengukuhkan penceritaan setiap watak yang akan turut diselangkan dengan momen imbas semula.

View 360 Darjah, Jom Tonton Persembahan Teater 'Behind The Intimate Wall' Di Think & Tink Kuching
Kredit : FB Think & Tink
View 360 Darjah, Jom Tonton Persembahan Teater 'Behind The Intimate Wall' Di Think & Tink Kuching
Kredit : FB Think & Tink

Penonton dapat melihat pergerakan watak secara 360 darjah!

Perkara yang paling istimewa tentang persembahan teater ini adalah anda berpeluang untuk menonton persembahan setiap karakternya secara dekat dan dalam pandangan 360 darjah. Anda juga bebas bergerak di sekeliling watak teater sambil menghayati ekspresi dan penyampaian cerita mereka. Cool kan?

Sponsored

Difahamkan, projek teater ini telah bermula sejak satu tahun setengah yang lalu namun terpaksa ditangguhkan akibat pandemik COVID-19 yang masih belum reda. Waktu latihan dan raptai untuk semua kru dan pelakon bagi menjayakan teater ini mengambil masa selama 4 hingga 12 jam sehari.

View 360 Darjah, Jom Tonton Persembahan Teater 'Behind The Intimate Wall' Di Think & Tink Kuching
Kredit : FB Think & Tink
View 360 Darjah, Jom Tonton Persembahan Teater 'Behind The Intimate Wall' Di Think & Tink Kuching
Kredit : FB Think & Tink

Teater ‘Behind the Intimate Wall’ ini dilakonkan oleh Haziq Fadhullah (Kampung People), Asyilah Tan (DJ Hitz Sarawak), Haziah, Syauqina, dan Ashwein.

Sponsored

Dipersembahkan selama 4 minggu

Teater ini akan dipersembahkan bermula 11 Mac 2022 jam 8 malam di ruang bekas pasaraya ikonik Kuching yang kini dikenali sebagai Think & Tink. Jika anda tidak sempat menonton persembahan pertama pada 11 Mac 2022, jangan risau! Anda masih berpeluang untuk menonton teater ini pada tarikh-tarikh seperti berikut;

Tarikh persembahan: 11, 12, 13, 19, 20, 26 Mac, 2 dan 3 April 2022
Waktu persembahan: 8 malam
Lokasi: Ruang Think & Tink, 30, Jalan Tabuan, Kuching (Pasaraya Ting & Ting lama)

Sponsored

Harga tiket:

Biasa – RM 40
Pelajar – RM 25

Sponsored

Tiket boleh dibeli di pautan Peatix Think & Tink ini. Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti seni yang lain di Kuching, anda boleh mengikuti laman Facebook rasmi Think & Tink.

Selamat menonton dan enjoy the show!

Sponsored

Bakat seni anak jati Sarawak sudah pun diangkat ke layar perak sejak tahun sebelum merdeka lagi. Baca selanjutnya di sini:

Sponsored
Nur Afifah 9 Mac 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article McDonalds, Starbucks Dan Coca-Cola Gantung Aktiviti Perniagaan Di Russia McDonalds, Starbucks Dan Coca-Cola Gantung Aktiviti Perniagaan Di Russia
Next Article Nak Menikmati Alam Semula Jadi Di Dataran Tinggi Sarawak? Lelaki Ini Kongsi Pengalamannya Untuk Kemudahan Anda Nak Menikmati Alam Semula Jadi Di Dataran Tinggi Sarawak? Lelaki Ini Kongsi Pengalamannya Untuk Kemudahan Anda

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

BeFunky collage 46 Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
BeFunky collage 48 5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage473 FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage 2021 10 13T131912.652 Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K
Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Kuching Food Festival Kembali Meriahkan Bandar, Bakal Diadakan Pada 29 Julai Ini!
Event Menarik

Kuching Food Festival Kembali Meriahkan Bandar, Bakal Diadakan Pada 29 Julai Ini!

10 Mei 2022
Kembali Pada Tahun Ini! Jom Sertai Marathon Di Kuching Dan Miri Yang Bakal Berlangsung Pada Tahun Ini
Event Menarik

Kembali Pada Tahun Ini! Jom Sertai Marathon Di Kuching Dan Miri Yang Bakal Berlangsung Pada Tahun Ini

9 Mei 2022
Tempahan Tiket RWMF 2022 Kini Dibuka, Serendah RM150 Untuk Tempahan Awal
Event Menarik

Tempahan Tiket RWMF 2022 Kini Dibuka, Serendah RM150 Untuk Tempahan Awal

20 April 2022
Petanda Raya Makin Hampir Netizen Teruja Bazaar Aidilfitri Satok Kembali Dibuka Malam Ini Petanda Raya Makin Hampir, Netizen Teruja Bazaar Aidilfitri Satok Kembali Dibuka Malam Ini
Event Menarik

Petanda Raya Makin Hampir, Netizen Teruja Bazaar Aidilfitri Satok Kembali Dibuka Malam Ini

19 April 2022

Ikuti Kami Di Media Sosial

Terus berhubung dengan kami melalui media sosial

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

Removed from reading list

Undo
AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?