• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Meditel Kuching, Fasiliti 4-in-1 Parkir Berbumbung, Hotel Dan ‘Street Mall’ Mudahkan Pelawat HUS

Oleh
Ismail NA
14 Oktober 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Fasiliti yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai malah warga Hospital Umum Sarawak sendiri.

Meditel Kuching, Fasiliti 4-in-1 Parkir Berbumbung, Hotel Dan ‘Street Mall’ Mudahkan Pelawat HUS. Selalu tak jumpa tempat parkir di Hospital Umum Sarawak? Anda tidak perlu lagi risau kerana terdapat fasiliti baharu yang kini baru sahaja dibuka di kawasan Hospital Umum Sarawak.

Meditel Kuching, Fasiliti 4-in-1 Parkir Berbumbung, Hotel Dan 'Street Mall' Mudahkan Pelawat HUS
Meditel Kuching, Fasiliti 4-in-1 Parkir Berbumbung, Hotel Dan ‘Street Mall’ Mudahkan Pelawat HUS. Sumber foto : FB Halo Pharmacy

Fasiliti serba lengkap ini merupakan kemudahan terbaharu yang dibuka kepada orang awam terutamanya pelawat Hospital Umum Kuching. Jika sebelum ini pelawat dikehendaki untuk meletakkan kenderaan di kawasan parkir persendirian luar hospital, kini mereka tidak perlu lagi risau kerana parkir bumbung bertingkat telah pun dibuka. Dengan adanya parkir ini, para pelawat tidak perlu risau dengan risiko keselamatan dan kecurian seperti mana yang sering terjadi pada kenderaan yang parkir di luar.

Sempena pembukaan fasiliti baharu ini juga, parkir bumbung bertingkat ini juga menawarkan parkir percuma untuk satu jam pertama. Ini pastinya sesuai untuk pelawat yang mahu mengunjungi kedai makan berhampiran. Parkir kereta bumbung bertingkat ini mempunyai 952 ‘bays’.

Meditel Kuching, Fasiliti 4-in-1 Parkir Berbumbung, Hotel Dan 'Street Mall' Mudahkan Pelawat HUS
Sumber foto : FB Serapi
Meditel Kuching, Fasiliti 4-in-1 Parkir Berbumbung, Hotel Dan 'Street Mall' Mudahkan Pelawat HUS
Kredit foto : FB Azyzy Abdullah

‘Street Mall’ yang menempatkan restoran terkemuka dan food court

Bercerita mengenai kedai makan pula, antara keunikan lain yang terdapat pada fasiliti Meditel Kuching adalah ia juga mempunyai ‘street mall’ dan juga food court. Konsep ‘street mall’ yang ada di sini juga membolehkan para pelawat menikmati waktu makan sama ada sarapan pagi, tengah hari mahu pun malam sambil menanti waktu urusan di hospital. Setakat artikel ini ditulis, terdapat 13 buah kedai termasuk kedai makan, farmasi dan kafe dibuka di sini.

Antaranya adalah kedai makanan terkemuka seperti Secret Recipe, Taka Cake House, Sushi King, Sumiran Cafe, Serapi Garden, dan farmasi seperti Halo Pharmacy. Namun, jika anda inginkan pilihan makanan yang lebih bervariasi, anda juga mempunyai pilihan untuk menjamu selera di Serapi Food Village iaitu food court di Meditel.

Meditel Kuching, Fasiliti 4-in-1 Parkir Berbumbung, Hotel Dan 'Street Mall' Mudahkan Pelawat HUS
Sumber foto : FB Meditel Kuching

Sumber foto : FB Serapi Food Village
Meditel Kuching, Fasiliti 4-in-1 Parkir Berbumbung, Hotel Dan 'Street Mall' Mudahkan Pelawat HUS
Sumber foto : FB Serapi

Selain itu, bagi para pelawat yang datang jauh seperti dari luar kawasan Kuching, mereka juga tidak perlu risau memikirkan tempat penginapan terdekat ke Hospital Umum Kuching kerana bersekali dengan fasiliti Meditel ini adalah sebuah hotel yang dinamakan sebagai Serapi Verdure Hotel.

Untuk pengetahuan anda, Meditel Kuching ini berada bertentangan dengan Day Care Centre, Hospital Umum Sarawak dan boleh diakses ke unit lain di hospital tersebut.

Kongsikan perkara menarik apabila anda apabila berkunjung ke sini dan jangan lupa tag kami di group Facebook Tempat Menarik di Borneo, okay?

Lagi apa yang best di Kuching;

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jom Cuba Rekreasi Menunggang Kuda Dan Memanah Di Cahaya Masa eQuine, Telaga Air, Kuching
Next Article Ini Adalah Senarai 4 Tempat Menarik Di Sabah Yang Anda Boleh Lawati

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?