• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Ini Adalah Senarai 4 Tempat Menarik Di Sabah Yang Anda Boleh Lawati

Oleh
Husna Hazmi
15 Oktober 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Sabah sungguh terkenal dengan kecantikkannya, jom kita explore Sabah!

Ini Adalah Senarai 4 Tempat Menarik Di Sabah Yang Anda Boleh Lawati. Memandangkan rentas daerah di Sabah sudah pun dibenarkan mulai 14 Oktober manakala rentas negeri akan dibenarkan mulai 1 November kami sediakan senarai tempat menarik buat anda lawati di Negeri Bawah Bayu ini!

Isi Isi Penting
  • Sabah sungguh terkenal dengan kecantikkannya, jom kita explore Sabah!
  • Ini adalah 4 tempat menarik di Sabah yang anda boleh lawati:
  • Maragang Hills
  • Mesilau Cat’s Village
  • Poring Hot Spring Ranau, Sabah
  • Kinabalu Park

Ini adalah 4 tempat menarik di Sabah yang anda boleh lawati:

Ini Adalah Senarai 4 Tempat Menarik Di Sabah Yang Anda Boleh Lawati
Ini Adalah Senarai 4 Tempat Menarik Di Sabah Yang Anda Boleh Lawati. Kredit gambar: sabahruraltourism

Maragang Hills

Buat anda yang meminati aktiviti hiking, Maragang Hills ini adalah destinasi mendaki yang wajib anda kunjungi. Maragang Hills terletak di Mesilau (Kundasang, Sabah) mempunyai tangga yang besar dengan ketinggian 2,232 meter dan merupakan puncak yang terdekat untuk melihat Gunung Kinabalu.

Ini Adalah Senarai 4 Tempat Menarik Di Sabah Yang Anda Boleh Lawati
Kredit gambar: maraganghill.com

Tempahan perlu dibuat kalau anda nak hiking di Maragang Hills dan sesi pendakian dibahagi kepada sesi pendakian sunrise (bermula 3 pagi) dan sesi pendakian biasa (bermula 6 pagi). Pendakian di Maragang Hills mengambil masa lebih kurang setengah hari! Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan tempahan, anda boleh melayari laman web maraganghill.com.my. 

Ini Adalah Senarai 4 Tempat Menarik Di Sabah Yang Anda Boleh Lawati
Kredit gambar: xplorasidestinasi

Mesilau Cat’s Village

Mesilau Cat’s Village adalah syurga untuk para pencinta kucing. Berlokasi kira kira 3 kilometer dari Pekan Kundasang, Mesilau Cat’s Village juga merupakan salah satu tarikan utama yang perlu anda kunjungi di Sabah.

Ini Adalah Senarai 4 Tempat Menarik Di Sabah Yang Anda Boleh Lawati
Kredit gambar: xplorasidestinasi

Di Mesilau’s Cat Village, terdapat lebih 100 ekor kucing dari pelbagai baka, dan lebih uniknya, setiap kucing di sana mempunyai cerita tersendiri. Cat Village yang diusahakan oleh tiga beradik kelahiran Kiulu, Tuaran adalah sedikit sebanyak inisiatif yang mampu dilakukan untuk menyelamatkan kucing yang terbiar.

Cat Village ini adalah terletak di kawasan pedalaman, dikelilingi pemandangan rimbunan pokok-pokok hijau, flora yang indah dan dekat dengan anak sungai. Pencinta Kucing boleh lah mengambil banyak gambar bersama si bulus di Cat’s Village yang indah ini.

Ini Adalah Senarai 4 Tempat Menarik Di Sabah Yang Anda Boleh Lawati
Kredit gambar: CLA-Travel

Poring Hot Spring Ranau, Sabah

Percutian di Sabah sememangnya tidak lengkap tanpa singgah untuk bersantai dan relaks menikmati mandian sulfur panas yang menenangkan, boleh meredakan stress dan juga melegakan kesakitan otot. Hot spring ini juga mempunyai banyak manfaat seperti membantu merawat kerengsaan kulit dan alergi seperti psoriasis dan eczema.

Ini Adalah Senarai 4 Tempat Menarik Di Sabah Yang Anda Boleh Lawati
Kredit gambar: Wikimedia

Tambahan pula, Hot Spring ini dilengkapi swimming pool dan bagi mereka yang lebih adventurous dan sukakakan alam semulajadi, anda boleh menerokai laluan trekking untuk ke lokasi air terjun yang terkenal, iaitu Langganan Waterfall dan Kipungit Waterfall.

Anda juga tidak boleh melepaskan peluang untuk melawat taman tropikal, taman butterfly dan Orchid Reservation Centre yang indah, dan mengambil banyak gambar kenang-kenangan. Memang best lah!

Ini Adalah Senarai 4 Tempat Menarik Di Sabah Yang Anda Boleh Lawati
Kredit gambar: mountkinabalu.com

Kinabalu Park

Sudah semestinya, percutian di Sabah bagaikan tidak sah tanpa melawat Kinabalu Park, iaitu antara tempat yang terkenal di Sabah yang kaya dengan flora dan fauna. Kinabalu Park merupakan Tapak Warisan Dunia pertama di Malaysia dan semestinya menjadi wishlist yang wajib bagi pengunjung yang berkunjung di Sabah.

Ini Adalah Senarai 4 Tempat Menarik Di Sabah Yang Anda Boleh Lawati
Kredit gambar: thehappykid.blog

Terdapat 8 jenis trail yang boleh dikunjungi di dalam Kinabalu Park iaitu  Kiau View Trail, Bundu Tuhan View Trail,  Liwagu River Trail,  Silau Silau Trail, Bukit Burung Trail, Mempening Trail, Pandamus Trail dan Bukit Ular Trail. Setiap trail menjanjikan pengembaraan flora dan fauna yang tidak dapat dilupakan.

Tunggu apa lagi boleh letakkan semua tempat menarik ini di dalam wishlist anda sekarang!

Lagi di sini tempat menarik di Sabah buat anda:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Meditel Kuching, Fasiliti 4-in-1 Parkir Berbumbung, Hotel Dan ‘Street Mall’ Mudahkan Pelawat HUS
Next Article Bina Sendiri Monorack Sehingga Ke Kaki Gunung Singai, Inovasi Pemilik ‘Jungle Stay’ Di Bau Ini Jadi Tarikan Baru

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?