I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Mejak Dan Subik, 2 Adat Khusus Untuk Mempercantikan Gadis Melanau Tellian Tengah
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Mejak Dan Subik, 2 Adat Khusus Untuk Mempercantikan Gadis Melanau Tellian Tengah

Oleh Siti Nur Atiqah Manan 11 Disember 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

“Beauty standard” untuk gadis Melanau Tellian Tengah iaitu memiliki dahi leper dan gigi bersalut emas

Mejak Dan Subik, 2 Adat Khusus Untuk Mempercantikan Gadis Melanau Tellian Tengah. Orang dulu-dulu sememangnya mempunyai “beauty standard” mereka tersendiri. Setiap kaum pasti juga memiliki adat mereka yang tersendiri dan adat ini khusus untuk tujuan mempercantikan anak gadis mereka.

Seperti masyarakat Melanau Tellian Tengah, ada 2 adat yang mereka lakukan khas untuk anak gadis kerana bagi mereka anak gadis yang cantik perlu memiliki 2 kriteria ini. Dahi yang leper dan dan memiliki gigi hadapan yang bersalut emas.

Mejak Dan Subik, 2 Adat Khusus Untuk Mempercantikan Gadis Melanau Tellian Tengah
Mejak Dan Subik, 2 Adat Khusus Untuk Mempercantikan Gadis Melanau Tellian Tengah. Sumber gambar: Kampung Tellian, Mukah

Bayi berusia 2 minggu sehingga sebulan akan jalani upacara adat Meja untuk meleperkan dahi mereka sejak kecil

Memiliki dahi yang leper untuk anak gadis bukanlah sesuatu yang kita dapat jangkakan kerana tidak semua anak gadis yang dilahirkan akan memiliki ciri tersebut. Maka itu, bayi perempuan yang baru berusia sekitar 2 minggu sehingga sebulan usianya akan menjalani satu upacara adat iaitu Mejak.

Untuk melakukan upacara adat ini, bayi tersebut haruslah berada dalam keadaan yang sihat terlebih dahulu. Seterusnya, bayi tersebut juga haruslah ditidurkan pada waktu siang hari untuk menjalankan upacara adat ini.

Selepas itu, sebuah alat yang dipanggil “Jak” akan disediakan dimana dahi bayi akan diletakkan dibawah alat ini untuk dileperkan. “Jak” ini terdiri daripada batu pemberat yang diikat dengan syiling lama sebagai pemutar untuk proses meleperkan tersebut.

Mejak Dan Subik, 2 Adat Khusus Untuk Mempercantikan Gadis Melanau Tellian Tengah
Mejak Dan Subik, 2 Adat Khusus Untuk Mempercantikan Gadis Melanau Tellian Tengah. Sumber gambar: ILOVEBORNEO

Adat Mejak ini bukan sekadar untuk meleperkan dahi bayi untuk mempercantikan mereka sehingga dewasa kelak. Malah, ianya memiliki simbolik sebagai nilai kasih sayang keluarga kepada bayi tersebut.

Untuk adat ini, ianya tidak dilakukan lagi kerana ada beberapa kejadian yang tidak diingini berulang dan kebanyakkan juga masyarakat Melanau Tellian Tengah mula menganut kepercayaan agama masing-masing seperti Islam dan Kristian.

Ciri kedua melambangkan wanita Melanau Tellian Tengah itu sebagai wanita cantik adalah gigi bersalut emas atau dikenali sebagai adat Subik

Ciri kedua yang melambangkan kecantikan gadis Melanau Tellian Mukah pula adalah subik. Subik adalah adat yang dilakukan oleh wanita dewasa untuk menyalutkan gigi hadapan mereka dengan emas.

Adat ini juga diamalkan kerana gadis Melanau Tellian Tengah akan dianggap cantik jika gigi hadapan mereka dalam bilangan 3 hingga 4 batang gigi mereka bersalut emas. Jumlah gigi yang disalut ini bergantung juga dengan kemampuan mereka mahupun kedua ibu baca mereka.

Mejak Dan Subik, 2 Adat Khusus Untuk Mempercantikan Gadis Melanau Tellian Tengah
Sumber gambar: FB Sapan Puloh

Namun, kini, adat ini juga tidak diamalkan lagi sama seperti adat Mejak. Tetapi, dengan adanya adat lama ini juga yang memperkayakan budaya masyarakat Melanau Tellian Tengah di mata masyarakat luar.

SUMBER : Kampung Tellian, Mukah, ILOVEBORNEO, FB Sapan Puloh
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Parkir Di Tempat Letak Kenderaan OKU Di Kubah Ria, Pemandu Myvi Ini Buat Netizen Bengang
Next Article Berjaya Luaskan Empayar Sampai Semenanjung, Kenali Kedai Kopi Ori Sarawak The Brew Crew

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?