I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Dalami Adat Dan Budaya Melanau Tellian Tengah Dengan Kunjungi Sapan Puloh Di Mukah
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Dalami Adat Dan Budaya Melanau Tellian Tengah Dengan Kunjungi Sapan Puloh Di Mukah

Oleh Siti Nur Atiqah Manan 7 Disember 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Ada satu tempat kunjungi yang menarik dan unik selain Lamin Dana di Kampung Tellian

Dalami Adat Dan Budaya Melanau Tellian Tengah Dengan Kunjungi Sapan Puloh Di Mukah. Di Mukah, antara destinasi yang kerap kali bermain di halwa telinga kita untuk dikunjungi adalah Lamin Dana, bukan? Tapi, tahukah kita bahawa di Kampung Tellian juga ada lagi satu tempat kunjungan yang sangat menarik serta unik.

Sekalung penghargaan diberikan kepada pihak Tourism Malaysia dan Tourism Malaysia Sarawak kerana telah menjadikan tempat ini sebagai salah satu destinasi dalam aktiviti #lanberambehSarawaktengah yang lalu.

Dalami Adat Dan Budaya Melanau Tellian Tengah Dengan Kunjungi Sapan Puloh Di Mukah
Dalami Adat Dan Budaya Melanau Tellian Tengah Dengan Kunjungi Sapan Puloh Di Mukah. Sumber gambar: ILOVEBORNEO

Sapan Puloh, teratak yang dijadikan muzium untuk mempamerkan adat dan budaya lama Melanau Tellian Tengah seperti adat perkahwinan berdasarkan kasta iaitu 9 pikul, 7 pikul dan 7 betirih

Sapan Puloh yang diusahakan oleh Encik Tommy Black Mark Lang dan terletak di dalam kawasan Kampung Tellian, Mukah ini merupakan satu teratak yang dibina dan dijaga rapi oleh Encik Tommy dimana beliau mempamerkan adat dan budaya lama masyarakat Melanau Tellian untuk tatapan umum.

Dalami Adat Dan Budaya Melanau Tellian Tengah Dengan Kunjungi Sapan Puloh Di Mukah
Dalami Adat Dan Budaya Melanau Tellian Tengah Dengan Kunjungi Sapan Puloh Di Mukah. Sumber gambar: ILOVEBORNEO

Antara keunikan pameran di Sapan Puloh ini adalah pameran adat perkahwinan orang Melanau Tellian Tengah yang mengenakan adat berdasarkan kasta kedudukan mereka dalam masyarakat iaitu 9 pikul, 7 pikul dan 7 betirih.

Setiap kasta ini akan mendirikan tiang berserta bendera di hadapan rumah pengantin perempuan yang bertujuan untuk mempamerkan darjat pengantin perempuan tersebut. Setiap kasta ini mengenakan tiang dan warna bendera yang berbeza berserta replika meriam. 9 pikul akan menggunakan 9 tiang, 9 meriam dan mengenakan bendera berwarna merah.

Dalami Adat Dan Budaya Melanau Tellian Tengah Dengan Kunjungi Sapan Puloh Di Mukah
Dalami Adat Dan Budaya Melanau Tellian Tengah Dengan Kunjungi Sapan Puloh Di Mukah. Sumber gambar: ILOVEBORNEO

Manakala, 7 pikul pula akan mengenakan 7 tiang, 7 meriam dan bendera pula adalah berwarna merah jambu. Untuk kasta ketiga pula, 7 betirih, warna bendera pula berbeza daripada 7 pikul dimana warna bendera yang digunakan adalah berwarna hijau.

Majlis pengebumian juga berdasarkan kasta dengan mendirikan tiang berdasarkan kasta dan bendera berwarna merah semuanya

Bukan itu sahaja, masyarakat Melanau juga amat sinonim dengan adat menguruskan jenazah mereka berdasarkan kasta mereka dalam masyarakat tetapi yang uniknya, majlis pengebumian mereka juga akan mendirikan tiang berdasarkan kasta si mati tetapi warna bendera semuanya sama iaitu merah.

Dalami Adat Dan Budaya Melanau Tellian Tengah Dengan Kunjungi Sapan Puloh Di Mukah
Dalami Adat Dan Budaya Melanau Tellian Tengah Dengan Kunjungi Sapan Puloh Di Mukah. Sumber gambar: ILOVEBORNEO

Untuk membezakan tiang bendera merah tersebut adalah majlis pengebumian adalah jenis tiang yang digunakan. Untuk perkahwinan, tiang diperbuat daripada kayu manakala untuk pengebumian pula tiang akan diperbuat daripada buluh.

Adat Mejak, leperkan dahi bayi untuk simbol kecantikan wanita Melanau

Ada satu lagi adat yang unik dan penulis sangat teruja apabila mendengar penjelasan daripada pemilik Sapan Puloh ini iaitu adat meleperkan dahi bayi atau “forehead flattened” atau Mejak. Adat Mejak ini wujud dalam masyarakat Melanau kerana bagi mereka terdahulu, simbol kecantikan wanita Melanau adalah memiliki dahi yang lebar.

Dalami Adat Dan Budaya Melanau Tellian Tengah Dengan Kunjungi Sapan Puloh Di Mukah
Dalami Adat Dan Budaya Melanau Tellian Tengah Dengan Kunjungi Sapan Puloh Di Mukah. Sumber gambar: ILOVEBORNEO

Jadi, untuk tujuan kecantikan yang kekal ini, bayi yang baru berusia dalam lingkungan 2 minggu sehingga sebulan bergantung kepada kesihatan bayi tersebut akan melalui proses Mejak ini. Dahi bayi akan diletakkan dibawah alat Mejak iaitu Jak dimana terdapat kain hitam bersaiz 3 jari, batu pemberat dan syiling lama berserta sabut kepala yang telah direka khas untuk menjalankan adat ini. Alat ini dinamakan sebagai Jak dan prosesnya adalah Mejak.

Banyak lagi adat-adat lama yang tidak dijangka dapat diterokai di dalam teratak Sapan Puloh ini. Ya, nampak kecil tapi ilmu tentang adat dan budaya Melanau Tellian Tengah terdahulu yang ada di dalam teratak ini sangat mengagumkan.

Untuk memudahkan anda mengunjungi Sapan Puloh ini, anda boleh menghubungi Encik Tommy Black melalui akaun Facebook Sapan Puloh -Muzium Melanau.

SUMBER : ILOVEBORNEO
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Proton Saga, Kereta Nasional Pertama Malaysia Bakal Diabadikan Jadi Koleksi Hot Wheels Proton Saga, Kereta Nasional Pertama Malaysia Bakal Diabadikan Jadi Koleksi Hot Wheels
Next Article PU Azman Didakwa Lagi, Kali Ini 4 Tuduhan Jenayah Seksual Terhadap 3 Remaja Pula

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?