• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Mekanik Rogol Teman Wanita 13 Tahun Tujuh Hari Berturut-Turut Di Kuching, Dijatuhkan Hukuman Penjara 9 Tahun

Oleh
Husna Hazmi
5 Ogos 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Tertuduh juga dikenakan tujuh sebatan atas kesalahan tersebut.

Mekanik Rogol Teman Wanita 13 Tahun Tujuh Hari Berturut-Turut Di Kuching, Dijatuhkan Hukuman Penjara 9 Tahun. Dilaporkan bahawa, seorang mekanik jentera berat telah dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan dikenakan tujuh sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuching, hari ini kerana merogol teman wanitanya yang hanya berusia 13 tahun, selama tujuh hari berturut-turut.

Isi Isi Penting
  • Tertuduh juga dikenakan tujuh sebatan atas kesalahan tersebut.
  • Mengaku bersalah sebaik sahaja kesemua tujuh pertuduhan dibacakan
  • Tertuduh akan dijatuh hukuman penjara sembilan tahun dan dikenakan satu sebatan bagi setiap pertuduhan
  • Remaja perempuan dikesan di sebuah pusat beli belah di Semariang
Mekanik Rogol Teman Wanita 13 Tahun Tujuh Hari Berturut-Turut Di Kuching, Dijatuhkan Hukuman Penjara 9 Tahun

Mengaku bersalah sebaik sahaja kesemua tujuh pertuduhan dibacakan

Pada bulan Julai lepas, Mohamad Radzuan Saadi berasal dari Kota Samarahan itu mengaku bersalah sebaik sahaja kesemua tujuh pertuduhan dibacakan terhadapnya, mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Oleh itu, Hakim Jason Juga telah menetapkan hari ini untuk mendengar laporan sosial tertuduh, memandangkan tertuduh masih lagi berusia 20 tahun semasa kejadian dan seterusnya dikategorikan sebagai pesalah muda.

Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mengemukakan laporan sosial pada hari ini bagaimanapun menyerahkan kepada mahkamah dalam menjatuhkan hukum terhadap tertuduh, susulan tertuduh pada bulan Ogos ini sudah mencecah usia 21 tahun dan tidak sesuai untuk dihantar ke Sekolah Henry Gurney.

Mekanik Rogol Teman Wanita 13 Tahun Tujuh Hari Berturut-Turut Di Kuching, Dijatuhkan Hukuman Penjara 9 Tahun

Tertuduh akan dijatuh hukuman penjara sembilan tahun dan dikenakan satu sebatan bagi setiap pertuduhan

Maka dengan itu, mahkamah menetapkan tertuduh akan dijatuh hukuman penjara sembilan tahun dan dikenakan satu sebatan bagi setiap pertuduhan yang dihadapinya, selain mengarahkan hukuman dijalankan secara serentak.

Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa antara 16 Jun sehingga 22 Jun lalu. Kesemua perbuatan tersebut didakwa dilakukan oleh tertuduh antara jam 6 petang hingga 9 malam di kediamannya di Batu Kawa.

Sebelum ini, tular kes kehilangan remaja 13 tahun yang tidak pulang rumah selepas keluar untuk mengambil buku tugasan di sekolah pada 15 Jun 2021. Bapa mangsa seterusnya membuat laporan polis serta turut berusaha mencari mangsa.

Mekanik Rogol Teman Wanita 13 Tahun Tujuh Hari Berturut-Turut Di Kuching, Dijatuhkan Hukuman Penjara 9 Tahun

Remaja perempuan dikesan di sebuah pusat beli belah di Semariang

Remaja perempuan itu kemudiannya dikesan pada 23 Jun lalu, di sebuah pusat beli belah di Semariang ketika hendak membeli kad sim telefon bimbit sekitar jam 3 petang. Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak berkuasa dan kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan kesihatan.

Sebelum dijatuhkan hukum, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu hanya memberikan rayuan ringkas menyatakan dia menyesali perbuatannya dan menyatakan itu kesalahan pertamanya. 

Timbalan Pendakwa Raya, Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan bagaimanapun memohon agar tertuduh dikenakan hukuman berat dengan mengambil kira faktor usia mangsa dan tertuduh, kepentingan awam, berat kesalahan dilakukan, selain mengambil kira bahawa kes ini tular pada Jun lalu. 

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali 8 Atlet Dari Borneo Yang Bakal Menggalas Cabaran Negara Di Sukan Paralimpik Tokyo 2020
Next Article Macam-Macam Brand Ada! Netizen Kagum Dengan Lelaki Ini Yang Buat Payung Daripada Pembungkus Makanan Macam-Macam Brand Ada! Netizen Kagum Dengan Lelaki Ini Yang Buat Payung Daripada Pembungkus Makanan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?