• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Melanau Dictionary, Kamus Bahasa Melanau Dalam Talian Yang Anda Mesti Tahu

Oleh
Ismail NA
8 Mei 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Kamus online seumpanya dalam terjemahan Melanau-Melayu-Inggeris

Melanau Dictionary, Kamus Bahasa Melanau Dalam Talian Yang Anda Mesti Tahu. Bahasa Melanau, merupakan salah satu daripada khazanah bahasa etnik Sarawak, yang perlu dipertahankan dan dibudayakan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan ia diancam kepupusan dek kemodenan dan arus zaman yang dinamik dan berubah-ubah.

Justeru, satu inisiatif murni untuk memelihara bahasa ini telah diambil melalui pembinaan Melanau Dictionary atau melanau.org.

Melanau Dictionary, Kamus Bahasa Melanau Dalam Talian Yang Anda Mesti Tahu
Melanau Dictionary, Kamus Bahasa Melanau Dalam Talian Yang Anda Mesti Tahu

Diilhamkan oleh kesedaran untuk memelihara bahasa warisan ini, serta menyedari bahawa internet sebagai platform yang sesuai pada masa kini, kamus dalam talian Melanau Dictionary ini bertujuan untuk menyebarkan dan mendokumentasikan perbendaharaan kata unik dalam bahasa Melanau.

Melanau Dictionary sudah ada lebih 6,000 terjemahan perkataan, dan fungsi audio sebutan

Kamus ini memiliki lebih kurang 6,000 daftar terjemahan perkataan Melanau ke dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, dan sebaliknya.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh merujuk penggunaan perkataan tersebut menerusi contoh ayat yang diberi dan sebutan yang betul menerusi fungsi audio sebutan yang turut dilengkapkan dalam Melanau Dictionary ini.

Selain itu, halaman utama kamus ini juga menampilkan bahagian budaya Melanau dan bahagian ‘Word of the Day’ yang mana anda boleh mempelajari perkataan Melanau secara rawak. Mana lah tahu berguna untuk anda mengorat awek Melanau yang dah lama jadi crush kan?

Meskipun daftar perkataan dalam kamus ini masih belum dikategorikan mengikut dialek Melanau daerah yang berbeza seperti Melanau Matu/Daro, Mukah, Tanjung Manis, Belawai, Bintulu dan sebagainya, namun ini adalah sebuah permulaan yang baik. Kamus ini juga dikhabarkan sedang menambah repositorinya dan akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Melalui kamus ini, khazanah bahasa Melanau dapat dikongsi dengan lebih meluas, bukan sahaja dinikmati oleh masyarakat Melanau sendiri, malah orang lain juga berpeluang mempelajari dan menghargainya.

Dalam menghadapi cabaran zaman yang semakin ditelan arus globalisasi, langkah proaktif seperti pembinaan kamus seperti Melanau Dictionary ini amatlah penting. Ia bukan sahaja membantu memulihara identiti bangsa Melanau, malah memperkayakan kepelbagaian bahasa dan budaya di bumi yang tercinta ini.

Untuk menggunakan kamus dalam talian Melanau Dictionary ini, anda boleh menekan butang berikut:

CUBA MELANAU DICTIONARY DI SINI
Kredit foto: BERNAMA

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Selepas Menempa Nama, Ahli MKT UMNO Persoal Cadangan Buka UiTM Kepada Bukan Bumiputera
Next Article Imaginur Dan Amir Jahari Bakal Gegarkan London Dan Paris Mei Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?