• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kisah Legenda Mengapa Melanau Matu Daro Pantang Makan Linut

Oleh
Ismail NA
23 Februari 2024
Kongsi
6 Min Bacaan

Pantang larang disebut sebagai ‘Paley’ dalam bahasa Melanau

Kisah Legenda Mengapa Melanau Matu Daro Pantang Makan Linut. Umum mengetahui bahawa linut merupakan makanan tradisi kaum Melanau di Sarawak. Namun, kaum Melanau ini juga terbahagi kepada beberapa lagi cabang Melanau yang menggunakan dialek yang berbeza-beza. Salah satu daripada adalah Melanau Matu Daro.

Jangan terkejut jika ada segelintir daripada masyarakat Melanau Matu Daro yang menolak pelawaan anda untuk makan linut kerana golongan ini sebenarnya masih berpegang pada pantang larang atau ‘paley’ nenek moyang mereka.

Kisah Legenda Mengapa Melanau Matu Daro Pantang Makan Linut
Kisah Legenda Mengapa Melanau Matu Daro Pantang Makan Linut. Ikan terubok, mercu tanda daerah Matu Daro. Kredit : https://matu-darodc.sarawak.gov.my/

Sebenarnya, ada kisah legenda di sebalik mengapa masyarakat ini dilarang untuk makan linut. Kisah ini dikhabarkan berlaku sekitar tahun 1,700 Masihi di kawasan Matu Daro. Pada waktu itu, diceritakan terdapat 6 buah rumah tinggi dan panjang. Sebuah di Kampung Pangtray, 3 buah rumah di Matu termasuk sebuah di Jemoreng.

Kisah asal berpunca daripada perkahwinan anak gadis ketua kampung

Pada zaman dahulu, terdapat sebuah rumah tinggi kaum Melanau yang ingin mengadakan majlis perkahwinan anak ketua dengan gadis dari kampung lain. Ini merupakan perkahwinan pertama di antara kampung yang berlainan kerana perkahwinan sebelum itu hanya berlaku di antara gadis dan pemuda dalam kampung yang sama. Istilah ini disebut sebagai ‘peperap je-rong’ yang bermaksud kahwin sekampung.

Rupanya, keluarga gadis tersebut sebelum ini telah pun menerima pinangan daripada seorang jejaka yang meminati gadis itu di kampungnya sendiri. Keluarga gadis itu pula merupakan keluarga yang terhormat di kampung memandangkan bapanya adalah ketua di rumah masyarakat kampung itu.

Kisah Legenda Mengapa Melanau Matu Daro Pantang Makan Linut
Gambaran wanita Melanau lengkap dengan pakaian tradisional. Gambar hiasan. Kredit : NaisingBega

Walau bagaimanapun, bapa gadis itu dikatakan memungkiri janjinya untuk mengahwinkan anaknya dengan pemuda yang telah melamarnya terlebih dahulu kerana tidak setaraf. Apatah lagi, pinangan baru yang diterima keluarganya adalah dari ketua rumah kampung lain yang menurutnya lebih sekufu.

Persiapan perkahwinan di antara kedua-dua anak ketua kampung ini dilakukan dengan tekun dan meriah oleh orang kampung. Selama sebulan sebelum majlis, orang kampung bertungkus lumus mengambil kayu api di hutan, mengutip buah-buahan, membaikpulih jalan raya, membaikpulih tangga dan menaiktaraf pangkalan di gigi air yang bakal menjadi tempat menambat perahu tetamu yang datang kelak. Belum lagi cerita soal pelamin, astaka dan bilik pengantin yang pastinya dihias indah.

Orang kampung belah pengantin lelaki masak linut 3 kawah

Tibalah hari perkahwinan. Ibu bapa pengantin lelaki serta tetamu-tetamu ikut bermalam dan turut serta dalam keramaian di rumah pengantin perempuan. Pesta perkahwinan yang meriah ini menyebabkan tetamu asyik dan tidak tidur sehingga pagi. Pada malam yang sama, di rumah pengantin lelaki, beberapa orang wanita yang tidak ikut rombongan ke rumah pengantin perempuan telah memasak linut sebanyak 3 kawah. 2 daripadanya telah pun siap dan disimpan di tempat yang selamat. Linut-linut ini akan dibawa ke rumah pengantin perempuan pada waktu subuh keesokan harinya.

Kisah Legenda Mengapa Melanau Matu Daro Pantang Makan Linut
Linut. Kredit : Will Fly For Food

Namun demikian, sewaktu wanita-wanita ini memasak linut, dalam diam rupanya terdapat musuh yang telah menghendap rumah pengantin lelaki itu. Musuh-musuh ini sudahpun berada di bawah rumah dan sedang memanjat tiang rumah Melanau yang tinggi. Mereka dikatakan adalah konco-konco lelaki yang ditolak pinangannya oleh keluarga gadis tadi. Mereka tidak dapat menaiki rumah melalui tangga kerana tangga rumah Melanau pada zaman dahulu boleh dilipat, ditarik ke atas dan disimpan.

Linut panas disimbah ke tiang rumah menyebabkan ada musuh yang meninggal

Dalam keadaan panik, wanita-wanita tersebut terus memanggil nama kaum lelaki yang masih tinggal di kampung pada waktu itu. Tidak lama kemudian, lelaki-lelaki tersebut bertindak pantas dengan menyimbahkan linut yang panas serta dua kawah linut yang sejuk ke tiang rumah. Ini menyebabkan tiang rumah menjadi licin dan susah untuk dipanjat. Beberapa orang konco musuh tersebut melecur terkena linut yang panas itu. Malah, ada juga yang meninggal dunia terkena linut orang Melanau Matu Daro.

Kisah Legenda Mengapa Melanau Matu Daro Pantang Makan Linut
Rumah tinggi Melanau

Sejak daripada peristiwa itu, orang Melanau di kawasan Matu Daro ‘paley’ untuk memakan linut yang pernah digunakan sebagai ‘senjata’ untuk melawan musuh. Pernah juga ada individu yang mencuba untuk memakannya namun tiba-tiba timbul ruam berair di badan mereka seolah-olah seperti terkena penyakit sopak. Jika berlarutan parah, ruam tersebut akan mengeluarkn cecair seperti linut dan luka-luka di kulit mereka.

Sejauh mana kesahihan cerita legenda ini dan pantang larang ini, hanya Tuhan sahaja yang mengetahui. Yang pasti, ini adalah sebab mengapa sesetengah masyarakat Melanau terutamanya di kawasan Matu dan Daro pantang untuk makan linut walaupun ia adalah makanan tradisi kaum mereka sendiri.

Menarik kan? Apa lagi pantang larang kaum di Borneo yang pernah anda dengar? Kongsikan kepada kami.

Baca juga artikel mengenai kaum Melanau:

Ini Resipi Asli Umai Ikan, Makanan Tradisional Kaum Melanau
Ada Tumpik Dan Linut, Selihah Cafe & Catering Hidang Masakan Tradisional Melanau Autentik Di Miri
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Malim Gunung Rizuan, 'Unsung Hero' Kanak-Kanak Semasa Gempa Bumi Sabah 2015 Kenali Malim Gunung Rizuan, Unsung Hero Kanak-Kanak Semasa Gempa Bumi Sabah 2015
Next Article Kali Pertama Ke Sabah, Kapal Norwegian Jewel Sudah Berlabuh Di Kota Kinabalu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?