Tertuduh dipenjara 3 hari dan denda RM12K
Padah Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Lelaki Dari Tawau Dipenjara Tiga Hari. Seorang lelaki dihukum penjara tiga hari dan denda RM12,000 selepas mengaku bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol pada 17 Januari lepas.
Tertuduh, Chua Ken Hiang berusia 31 tahun dikenakan hukuman itu selepas membuat pengakuan di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira jam 11.45 malam di Jalan Chong Thien Vun, sebagai pemandu kenderaan.
Hasil ujian saringan pernafasan didapati kandungan alkohol dalam darah tertuduh melebihi had yang dibenarkan iaitu 50 miligram etil dalam 100 mililiter darah.
Kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 45A (1) APJ 1987, jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama dua tahun dan denda sehingga RM30,000.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara tiga bulan jika gagal membayar denda dan lesen memandu digantung selama dua tahun.
