• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gangguan Seksual Terhadap Remaja 11 Tahun Di Kota Kinabalu, Bekas Peguam Dipenjara 6 Tahun

Oleh
Farisha
6 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Memeluk, memegang paha dan payudara remaja 11 tahun, bekas peguam kena 6 tahun penjara dan satu sebatan

Gangguan Seksual Terhadap Remaja 11 Tahun Di Kota Kinabalu, Bekas Peguam Dipenjara 6 Tahun. Seorang bekas peguam yang berpangkalan di Sarawak telah dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun dan dikenakan satu sebatan kerana melakukan serangan seksual fizikal terhadap anak perempuan teman wanitanya.

Hakim Mahkamah Sesyen, Elsie Primus telah menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Kueh Kay Foo, 55 tahun, setelah mahkamah berpendapat bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesalahan Kueh melampaui keraguan munasabah.

Gangguan Seksual Terhadap Remaja 11 Tahun Di Kota Kinabalu, Bekas Peguam Dipenjara 6 Tahun
Gangguan Seksual Terhadap Remaja 11 Tahun Di Kota Kinabalu, Bekas Peguam Dipenjara 6 Tahun. Gambar hiasan. Sumber foto: FMT

Suspek akan berada di bawah pengawasan polis selama tiga tahun

Kueh didapati bersalah kerana memeluk, memegang paha dan payudara remaja perempuan berusia 11 tahun itu di sebuah pangsapuri di Penampang antara 23 April 2019 dan 15 Mei 2019, menurut sumber.

Beliau disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga sebatan.

Mahkamah turut memerintahkan Kueh mengikuti kaunseling sewaktu menjalani hukuman penjara dan berada di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas menjalani hukuman.

Walau bagaimanapun, Kueh berjaya mendapatkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan itu. Ikat jaminnya ditetapkan pada RM20,000 dengan wang cagaran RM15,000.

Semasa perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil enam saksi manakala pihak pembelaan mengemukakan dua saksi termasuk Kueh sendiri. Kes pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya manakala Kueh mewakili dirinya sendiri.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Kena Gangguan Seksual Semasa Beramah Mesra Bersama Peminat, DJ Soda Luah Trauma
Rogol Remaja Bawah Umur, Lelaki Dari Kuching Dipenjara 22 Tahun Dan 5 Sebatan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Padah Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Lelaki Dari Tawau Dipenjara Tiga Hari Padah Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Lelaki Dari Tawau Dipenjara Tiga Hari
Next Article Tertekan Dengan Keluarga, Individu Asal Serian Nekad Menyamar Sebagai Pembantu Perubatan Di HUS Tertekan Dengan Keluarga, Individu Asal Serian Nekad Menyamar Sebagai Pembantu Perubatan Di HUS

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?