• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Memiliki Pornografi Kanak-Kanak, Penganggur Ditahan Di Miri Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
22 September 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Penganggur berusia 62 tahun telah ditahan kerana memiliki video mengandungi pornografi kanak-kanak di rumahnya.

Memiliki Pornografi Kanak-Kanak, Penganggur Ditahan Di Miri Sarawak. Polis telah menahan seorang penganggur berusia 62 tahun semalam kerana didakwa memiliki video dan gambar pornografi kanak-kanak.

Memiliki Pornografi Kanak-Kanak, Penganggur Ditahan Di Miri
Memiliki Pornografi Kanak-Kanak, Penganggur Ditahan Di Miri

Suspek sudah pun berkahwin

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supt Sabri Zainol telah mengsahkan penahanan suspek, yang sudah berkahwin tetapi tidak memiliki cahaya mata sendiri.

Suspek diberkas setelah mendapat maklumat dari cawangan Bukit Aman D11 (Bahagian Penyiasatan Seksual/ Keganasan Rumah Tangga/Penderaan Kanak-Kanak) mengenai penglibatan suspek dalam pengedaran dan memuat naik video dan gambar pornografi yang melibatkan kanak-kanak, kata Zainol.

Sepasukan polis diketuai oleh ASP Unang Giang segera bertindak menyerbu rumah suspek di Lutong sekitar jam 3.30 petang.

Setelah membuat pemeriksaan terhadap kediaman suspek, polis menemui beberapa cakera padat video pornografi kanak-kanak (VCD), cakera video digital (DVD) dan juga gambar pornografi kanak-kanak haram.

Memiliki Pornografi Kanak-Kanak, Penganggur Ditahan Di Miri

Turut dirampas barangan kepunyaan suspek

Polis juga turut merampas monitor, PC, papan kekunci, cakera keras luaran, modem, fon kepala dan telefon bimbit, kata Sabri.

Semasa di soal siasat, suspek mengaku telahberminat terhadap pornografi kanak-kanak dan juga pornografi dewasa selama bertahun-tahun dan dia mula mengumpul dan menyimpan bahan-bahan terlarang untuk memuaskan nafsunya.

Suspek juga memberitahu polis bahawa dia tidak pernah menyebarkan atau berada dalam kumpulan yang mempunyai akses pornografi kanak-kanak, kata Zainol.

Polis kini sedang menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017.

Baca lagi disini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Warganegara Dan Bukan Warganegara Melalui Sabah Dikehendaki Jalani Ujian COVID-19 Tiga Hari Sebelum Masuk Sarawak Warganegara Dan Bukan Warganegara Melalui Sabah Dikehendaki Jalani Ujian COVID-19 Tiga Hari Sebelum Masuk Sarawak
Next Article Belah Perut Isteri Yang Sarat Mengandung Hanya Kerana Ingin Mengetahui Jantina Bayi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?