• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Menangi iPhone 12 Dengan Menyertai Peraduan Media Sosial #RinduSabah

Oleh
Ismail NA
19 Januari 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Rindu Sabah ke tu? Boleh throwback sambil cuba nasib menang iPhone 12!

Menangi iPhone 12 Dengan Menyertai Peraduan Media Sosial #RinduSabah. Sabah sememangnya terkenal dengan pemandangan yang indah serta kaya dengan budaya daripada pelbagai kaum. Walau bagaimanapun, akibat situasi pandemik dan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang masih lagi dikuatkuasakan di negara kita, kunjungan ke Sabah buat masa ini masih belum mengizinkan. Apatah lagi untuk tujuan melancong.

Isi Isi Penting
  • Rindu Sabah ke tu? Boleh throwback sambil cuba nasib menang iPhone 12!
  • Muat naik gambar atau video throwback anda ke Sabah melalui peraduan #RinduSabah
  • Bagaimana hendak sertai?
  • Hadiah yang boleh anda menangi
  • Baca juga :

Tapi, tahukah anda bahawa anda berpeluang untuk memenangi iPhone 12 sekiranya anda memuat naik gambar dan video anda berada di Sabah!

Muat naik gambar atau video throwback anda ke Sabah melalui peraduan #RinduSabah

Caranya adalah dengan menyertai peraduan media sosial #RinduSabah. Peraduan ini dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Sabah (Sabah Tourism Board) dengan kerjasama Gaya Magazine bagi membawa kembali kenangan anda sepanjang berada di negeri di bawah bayu ini.

Peraduan ini diadakan di platform media sosial Instagram supaya anda boleh berkongsi gambar kenangan cantik dan fotogenik anda untuk tatapan orang ramai.

Anda boleh menyertai peraduan ini melalui 2 kategori :

1) Video pendek (tidak lebih daripada 4 minit)
2) Foto

Menangi iPhone 12 Dengan Menyertai Peraduan Media Sosial #RinduSabah
Menangi iPhone 12 Dengan Menyertai Peraduan Media Sosial #RinduSabah

Bagaimana hendak sertai?

1. Setiap penyertaan hendaklah dihantar atau dimuat naik ke platform Instagram dalam tempoh 16 Disember 2020 hingga 31 Januari 2021.

2. Kapsyen untuk setiap penyertaan juga wajib menyertakan tag akaun Instagram rasmi Sabah Tourism Board (@sabahtourism), Gaya Travel Magazine (@gayatravel), dan 3 rakan anda yang lain.

3. Sertakan juga 5 tanda pagar ini dalam kapsyen penyertaan anda : #RinduSabah, #SabahTourism, #EnchantingSabah, #GayaTravel, #CutiCutiMalaysia

4. Hanya penyertaan di Instagram sahaja diterima. Pastikan akaun anda ditukar ke mod ‘Public’.

5. Penyertaan ini terbuka untuk warganegara Malaysia sahaja.

6. Durasi video hendaklah tidak melebihi 4 minit.

7. Gambar atau video yang dimuat naik mestilah memaparkan keunikan dan kecantikan Sabah sama ada destinasi tarikan pelancong, budaya, warisan, makanan dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Sabah.

8. Tiada had penyertaan, Ini bermaksud anda boleh memuat naik seberapa banyak gambar atau video Sabah anda!

9. Gambar atau video yang layak akan diadili berdasarkan kriteria berikut ;

  1. Keaslian dan kreativiti
  2. Teknik pengendalian kamera
  3. Teknik suntingan
  4. Jalan cerita
  5. Harga pasaran
  6. Kapsyen yang menarik dan informatif

Hadiah yang boleh anda menangi

Pemenang untuk setiap kategori peraduan ini berpeluang untuk memenangi :

Tempat Pertama : Sebuah iPhone 12 (128GB) beserta pakej percutian ke Sabah
Tempat Kedua : Sebuah telefon pintar Samsung A31 beserta pakej percutian ke Sabah
Tempat Ketiga : Sebuah telefon pintar Samsung A01 beserta pakej percutian ke Sabah
Hadiah Saguhati (10x) : Wang tunai RM 200

Untuk maklumat lebih lanjut tentang syarat peraduan, layari laman sesawang gayatravel.com.my.

Muat naik gambar Sabah anda sekarang!

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 18 Pelajar Kembali Ke Hostel Di Sabah Didapati Positif COVID-19
Next Article Lebih Daripada 40,000 Individu Berpetisyen Untuk Batalkan SPM Yang Ditangguhkan Lebih Daripada 40,000 Individu Berpetisyen Untuk Batalkan SPM Yang Ditangguhkan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?