• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Lebih Daripada 40,000 Individu Berpetisyen Untuk Batalkan SPM Yang Ditangguhkan

Oleh
ILB - AI
19 Januari 2021
Kongsi
5 Min Bacaan
Lebih Daripada 40,000 Individu Berpetisyen Untuk Batalkan SPM Yang Ditangguhkan

Petisyen untuk mengubah atau membatalkan SPM yang ditangguhkan sedang diedarkan dalam talian

Lebih Daripada 40,000 Individu Berpetisyen Untuk Batalkan SPM Yang Ditangguhkan. Sebuah petisyen dalam talian yang semakin meningkat sedang diedarkan untuk menuntut agar peperiksaan SPM yang akan datang dibatalkan atau ditangguhkan.

Isi Isi Penting
  • Petisyen untuk mengubah atau membatalkan SPM yang ditangguhkan sedang diedarkan dalam talian
  • Menyebabkan kesan kepada kesihatan mental pelajar
  • Ramai pelajar meluahkan perasaan
  • Adakah ia adil atau tidak adil?

Perkara ini susulan ramai pelajar di seluruh negara meluahkan kesukaran yang dihadapi akibat ketidaktentuan masa depan mereka dan bagaimana ia akan mempengaruhi rancangan masa depan mereka dari segi melanjutkan pelajaran.

Lebih Daripada 40,000 Individu Berpetisyen Untuk Batalkan SPM Yang Ditangguhkan

Menyebabkan kesan kepada kesihatan mental pelajar

Menurut penganjur petisyen tersebut, pandemik Covid-19 telah membawa kesan kepada kesihatan mental pelajar akibat penangguhan waktu akademik pelajar serta ancaman penularan semasa peperiksaan atau kelas persediaan sebagai alasan petisyen terbabit.

Dalam pernyataan petisyen berkenaan, para pelajar secara tidak sengaja dilanda risiko yang tidak perlu oleh kerajaan akibat kes-kes harian semakin bertambah.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: The Straits Times

Dijadualkan pada 22 Februari 2021, hampir setengah juta pelajar dijangka menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Seramai 416,416 pelajar dilaporkan menduduki peperiksaan tersebut pada 2019 dan 400,445 didaftarkan untuk mendudukinya dalam kohort 2020.

“Kami memahami keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menangguhkan tarikh peperiksaan SPM dibuat setelah banyak pertimbangan, tetapi kami percaya bahawa keputusan tersebut bukan keputusan yang bijak, memandangkan terdapat banyak ketidakpastian dengan wabak ini,” pernyataan yang dipetik dari petisyen itu.

Petisyen itu juga menyatakan bahawa semua kanak-kanak adalah masa depan negara dan mereka tidak patut dipaksa untuk membayar harga akibat ‘bencana baru-baru ini’.

Ramai pelajar meluahkan perasaan

Petisyen terbabit juga menyatakan bahawa ramai pelajar telah meluahkan perasaan mereka mengenai keputusan tersebut.

“Kami telah menerima beratus-ratus komen daripada pelajar. Kebanyakannya mengatakan bahawa mereka terjejas secara mental dan tidak dapat lagi fokus pada pelajaran mereka. Ini sangat membimbangkan, dengan ada yang menyebut bahawa mereka sudah ke tahap nak bunuh diri.”

Gambar sekadar hiasan.

Pemohon petisyen turut mengemukakan cadangan untuk mengganti peperiksaan SPM rasmi, iaitu menggunakan keputusan sebelumnya atau prestasi ujian percubaan untuk menghasilkan gred yang diramalkan.

Tambahnya lagi, pelajar boleh dibenarkan mengambil SPM dalam tempoh yang biasanya diperuntukkan untuk Ulangan SPM (peperiksaan ulangan) agar membolehkan mereka mengekalkan jadual kemasukan yang ada.

Hal ini kerana tarikh penangguhan semasa akan menyebabkan calon kehilangan pengambilan awal IPT dan lulus lebih awal daripada yang dirancang dari kursus pra-universiti.

“Jika peperiksaan SPM ditangguhkan, pelajar hanya dapat mendaftar untuk pengambilan Ogos 2021 untuk kursus A-level, yang bermaksud bahawa mereka hanya boleh mohon universiti pada tahun 2023 dan bukan pertengahan 2022.”

Adakah ia adil atau tidak adil?

Walaupun mereka memahami tindakan KPM mengenai keputusan tersebut untuk menjaga kewajaran peperiksaan SPM, memandangkan kira-kira 15% belum menduduki peperiksaan percubaan, mereka berpendapat bahawa keadaan tahun ini telah mengancamkan keadilan.

“Pada pendapat kami, keadilan dalam ujian ini telah dikompromikan kerana pelajar tidak menerima tempoh dan kualiti pengajaran yang sama. Oleh itu, penyelesaian yang benar-benar adil untuk peperiksaan ini untuk masa ini memang hampir mustahil, belum lagi bahawa menangguhkan tarikh peperiksaan hanya untuk kawasan zon merah akan membuka kemungkinan soalan bocor.”

Pada masa penulisan ini, sejumlah 40,747 orang telah menandatangani petisyen tersebut.

“Saya sangat berdukacita dengan keputusan yang dilakukan oleh KPM, saya sebagai pelajar yang mengambil peperiksaan SPM amatlah terkesan dengan suasana yang dialami oleh kami pada masa kini. Saya tidak dapat belajar dengan selesa sebab masa untuk belajar yang terganggu helah daripada suasana adik beradik yang mengganggu, kelajuan internet yang tidak menentu, krisis kewangan keluarga yang jatuh menjunam dan sering mendengar keluahan ibu bapa hendak memberikan makan kepada kami yang pada akhirnya kami memilih jalan yang kedua, iaitu membantu dalam meringankan masalah kewangan keluarga,” komen daripada salah seorang pelajar SPM tahun ini.

Sekiranya anda ingin membaca lebih lanjut dan menandatangani petisyen, anda boleh klik di sini.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Menangi iPhone 12 Dengan Menyertai Peraduan Media Sosial #RinduSabah
Next Article TERKINI: 156 Kes Positif COVID-19 Baharu Dikesan Di Sarawak Hari Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?