“Kok bisa sih mau dan sampai ketipu sama orang yang jel*k kayak gitu” – Netizen
Mengaku Kaya Dan Tipu Korban Hingga Puluhan Juta, Rupanya Ada ‘Tinder Swindler’ Versi Indonesia! Sebelum ini di Netflix filem The Tinder Swindler telah berjaya menarik perhatian umum. Dalam filem tersebut, seorang lelaki berpura-pura kaya di Tinder untuk menipu wanita melalui aplikasi mencari jodoh.
Kini, kisah penipuan melalui aplikasi mencari jodoh ini juga berlaku di Indonesia, The Swindler Tinder versi Indonesia menjadi trending selepas mangsa membuat aduannya selepas ditipu oleh seseorang yang mengaku cukup kaya untuk memiliki kilang.
Seorang pengguna Twitter dengan nama pengguna @malamtanpakata telah berkongsi pengalamannya ditipu oleh seorang lelaki yang dikenalinya daripada aplikasi temu janji dalam talian, Tinder.
TWITTER PLEASE DO YOUR MAGIC
— sunyi di malam itu (@malamtanpakata) March 14, 2022
HATI HATI TINDER SWINDLER VERSI INDONESIA
Jadi aku udah bingung banget mau curhat kemana. Ditipu mentah-mentah sama orang ini.
Ada yang kenal kah? Atau ada yang jadi korban juga?
Aku bakalan cerita kronologis lengkapnya dibawah ya.
Mohon bantu RT pic.twitter.com/dLqI3usq73
Ini adalah kronologi penipuan melalui aplikasi mencari jodoh iaitu Tinder.
Lelaki Indonesia yang dikenali tersebut bernama James Daniel Sinaga, telah memperdaya ramai mangsa wanita atas dasar wang hingga mencecah puluhan juta!
Melalui bebenang yang telah dikongsi oleh @malamtanpakata turut mengatakan bahawa selepas dia dan lelaki ini berkenalan melalui Tinder, lelaki itu terus membawanya keluar bersiar-siar. Dan pada waktu itu, lelaki tersebut mengaku mempunyai beberapa kilang di beberapa bandar di Indonesia.
Di Bandung terdapat kilang pakaian tekstil di 4 lokasi dengan jumlah pekerja seramai 22 ribu orang. Selebihnya francais mungkin terdapat 500 orang dari Starbucks, Sushi Tei, iBox, Chatime dan lain-lain. Bukan itu sahaja, lelaki tersebut turut berkata bahawa dia sering berbelanja untuk membeli-belah hingga ratusan juta.
Lelaki itu sempat menawarkan kepada mangsa tersebut berkenaan dengan iBox yang baru dilancarkan, dengan hanya membayar cukai kepadanya. Selain itu, dia juga menawarkan iPhone 12 kepada mangsa.
“Awak pernah guna produk Apple, bukan? Jika belum, saya akan beri iPhone 12 Pro Max kerana masih ada beberapa unit di stor lebih di kilang, selalunya saya beri pekerja sebagai ganjaran jualan,” kata James menjalankan salah satu helah untuk memikat mangsa.
Termakan janji-janji manis James
Mangsa tersebut akhirnya terperangkap dengan janji-janji manis lelaki tersebut, dan mengirimkan sejumlah wang yang diinginnya ke akaun atas nama Ramdani SE AK (Bank Permata).
“Kalau anda bertemu orang ini secara berdepan. Cara dia bercakap, perangainya dan sebagainya boleh membuatkan anda percaya dia 100%. Dia mengatakan bahawa banknya dalam limit,” kata mangsanya dalam bebenang yang telah dikongsi.
Tetapi sehingga kini, James tidak pernah memulangkan wang yang dia pindahkan. Mangsa tersebut juga mengatakan bahawa ramai orang telah menjadi mangsa Tinder Swindler versi Indonesia, dengan trick yang sama.
Heboh di Twitter, rupanya ramai yang pernah menjadi mangsa James
Ternyata lelaki bernama James ini sering bertukar nama kepada beberapa orang, daripada James Daniel Sinaga, Dani Ramdhani, kepada Bella.
“Ada juga yang telah ditipu 10 juta, 6 juta dan masih melarikan diri. Ada lagi satu. Modus operandinya pun sama. Jika anda nampak dia di dating/chat apps, terus lapor sahaja akaunnya,”.
Dikhabarkan kini, James Daniel Sinaga ini masih terlepas dan belum dikenakan apa-apa tindakan di luar. Namun, baru-baru ini terdapat beberapa video dimana terdapat beberapa orang lelaki telah terserempak dan mengejar James di luar kerana ingin menagih hutangnya.
Ini yah orangnya? pic.twitter.com/33h1sRihvz
— Tacipi City (@AsbiansaAbi) March 16, 2022
Harap para wanita luar sana jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis lelaki macam ini, ya! Kalau jumpa, jangan teragak-agak untuk ambil kuali dan hempuk di kepala nya 🙂 hehe gurau gurau.