I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Mengandungi Asid Benzoik Yang Tinggi, Syarikat Pengeluar Keutiau Di Kuching Didenda RM10K

Oleh Husna Hazmi
10 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Jumlah asid benzoik yang ditemui adalah lebih daripada standard maksimum.

Mengandungi Asid Benzoik Yang Tinggi, Syarikat Pengeluar Keutiau Di Kuching Didenda RM10K. Dilaporkan bahawa sebuah syarikat tempatan beroperasi di Kuching telah didenda oleh Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan mengeluarkan produk mi kuetiau yang mengandungi asid benzoik dalam kadar yang tinggi pada April 2022.

Hukuman telah dijatuhkan oleh Majistret Fatimah Azura Wan Ali terhadap syarikat berkenaan yang diwakili oleh wakilnya setelah mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan kepadanya.

Mengandungi Asid Benzoik Yang Tinggi, Syarikat Pengeluar Keutiau Di Kuching Didenda RM10K
Mengandungi Asid Benzoik Yang Tinggi, Syarikat Pengeluar Keutiau Di Kuching Didenda RM10K

Jumlah asid benzoik melebihi standard maksimum

Syarikat berkenaan didakwa melakukan kesalahan pada 20 April 2022 dan menurut fakta kes, beberapa pegawai penguat kuasa Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan daripada Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Kuching telah mengambil sampel makanan kuetiau yang dijual di premis makanan di Jalan Stutong Baru di Kuching.  

Sampel kuetiau tersebut kemudian dianalisis di Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jalan Tun Abang Haji Openg dan didapati bahawa ia mengandungi asid benzoik dalam kadar 2,416 mg/kg iaitu melebihi standard maksimum yang ditetapkan di bawah Peraturan 19(2)(b)(ii) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 iaitu 1,000 mg/kg.

Hasil siasatan lanjut oleh Unit Inspektorat dan Perundangan PKB Kuching pula mendapati bahawa produk kuetiau itu telah dikeluarkan oleh sebuah syarikat tempatan yang beroperasi di Kuching. 

Syarikat tempatan tersebut seterusnya didakwa dan disabitkan mengikut Seksyen 13B(1) yang dibaca bersama Seksyen 13B(2)(e) Akta Makanan 1983. 

Mengandungi Asid Benzoik Yang Tinggi, Syarikat Pengeluar Keutiau Di Kuching Didenda RM10K

Boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000

Jika disabit bersalah, syarikat tersebut boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, Pegawai Pendakwa PKB Muhammad Qamarulariffin memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman pencegahan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan peniaga lain, selain mengambil kira dasar kepentingan kesihatan awam.

Beliau berkata, asid benzoik merupakan bahan pengawet dan jika ditambah di dalam makanan melebihi standard maksimum yang dibenarkan, ia boleh memberi kesan kemudaratan serius terhadap kesihatan. 

Lagi berita terkini buat anda di sini:

Tetak Kenalan Guna Pedang Samurai, Pelaku Kini Dalam Buruan Polis Simunjan
Bayi 4 Bulan Didera, Tempurung Kepala Retak Dan Koma Lepas Didera Pengasuh Di Terengganu
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tetak Kenalan Guna Pedang Samurai, Pelaku Kini Dalam Buruan Polis Simunjan Tetak Kenalan Guna Pedang Samurai, Pelaku Kini Dalam Buruan Polis Simunjan
Next Article MPKS Turun Padang Bersihkan Tapak Pembuangan Sampah Di Samarahan Raih Pujian Netizen MPKS Turun Padang Bersihkan Tapak Pembuangan Sampah Di Samarahan Raih Pujian Netizen

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?