• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kueh Tiaw Mengandungi Asid Benzoik, Syarikat Pengeluar Di Kuching Ini Dikenakan Denda RM5K

Oleh
Nazihah AN
5 April 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Kueh Tiaw Mengandungi Asid Benzoik, Syarikat Di Kuching Ini Dikenakan Denda RM5,000

Mi kuehtiaw yang dijual ini mengandungi 1,230mg/kg asid benzoik.

Kueh Tiaw Mengandungi Asid Benzoik, Syarikat Pengeluar Di Kuching Ini Dikenakan Denda RM5K. Telah dilaporkan bahawa sebuah syarikat pengeluar atau pembekal mi telah didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret semalam atas kesalahan menjual mi kuehtiaw yang mengandungi 1,230mg/kg asid benzoik.

Dipetik dari The Borneo Post, wakil syarikat itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang telah dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Kueh Tiaw Mengandungi Asid Benzoik, Syarikat Pengeluar Di Kuching Ini Dikenakan Denda RM5,000
Gambar hiasan. Kueh Tiaw Mengandungi Asid Benzoik, Syarikat Pengeluar Di Kuching Ini Dikenakan Denda RM5K

Kueh Tiaw Mengandungi Asid Benzoik, Syarikat Pengeluar Di Kuching Ini Dikenakan Denda RM5,000
Sumber gambar: The Borneo Post

Asid benzoik boleh mendatangkan kesan sampingan iaitu kesukaran bernafas, asma, bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak dan alahan.

Menurut kertas pertuduhan, syarikat itu didakwa menjual tiga pek mi kueh tiaw kepada pegawai penguat kuasa di Pejabat Kesihatan Daerah Kuching di sebuah pasar raya di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce pada tahun lepas iaitu pada 8 Oktober 2021 jam 10.16 pagi.

Analisis kemudiannya, mendapati bahawa terdapat satu paket mi kueh tiaw yang mengandungi 1,230 miligram asid benzoik. Asid benzoik adalah antara bahan pengawet digunakan untuk mengawal pertumbuhan kulat, bakteria dan yis bagi memanjangkan jangka hayat penyimpanan makanan.

Walaupun Asid benzoik dianggap sebagai tambahan yang selamat dan berkesan, namun ianya boleh mengakibatkan beberapa kesan sampingan yang kecil akibat penggunaan asid benzoik yang berlebihan. Antara kesan sampingan yang berlaku terhadap seseorang ialah kesukaran bernafas, asma, bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak dan alahan.

Syarikat yang beroperasi di Jalan Semaba itu telah didakwa dan disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 13B (2) (e) Akta Makanan 1983 dan dihukum di bawah seksyen yang sama di bawah Seksyen 13B (4) Akta Makanan 1983 yang, jika sabit kesalahan, tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pesawat MAS Ke Tawau U-Turn Ke KLIA Selepas 30 Minit, Penumpang Ini Kongsi Detik Cemas
Next Article Rogol 13 Anak Murid, Guru Tahfiz Di Indonesia Dijatuhkan Hukuman Mati

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?