I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Mengapa Jambatan Kerch Penting Untuk Rusia Dan Ukraine?
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Mengapa Jambatan Kerch Penting Untuk Rusia Dan Ukraine?

Oleh iloveborneo 9 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Laluan penting menghubungkan Crimea dan Rusia

Mengapa Jambatan Kerch Penting Untuk Rusia Dan Ukraine? Menurut Agensi Anadolu, Sebahagian Jambatan Kerch yang rosak akibat letupan kuat pada Sabtu lalu membuatkan Russia terputus rangkaian ke Crimea.

Projek yang dikatakan bernilai AS$3.6 bilion dolar itu adalah sepanjang 19 kilometer terbentang di atas Selat Kerch yang menghubungkan Laut Azov dan laut Hitam, menjadikan yang terpanjang di Eropah.

Jambatan lebuh raya dan kereta api itu adalah satu-satunya penghubung darat antara Crimea dan Rusia, dan telah menjadi laluan penting untuk pergerakan awam dan komersial sejak perasmiannya pada 2018.

Mengapa Jambatan Kerch Penting Untuk Rusia Dan Ukraine?
Mengapa Jambatan Kerch Penting Untuk Rusia Dan Ukraine?

Tiga maut korbang letupan Jambatan Kerch

Ia mempunyai empat lorong jalan – dua di setiap arah yang digunakan oleh kira-kira 40,000 kenderaan setiap hari, manakala dua landasan kereta api membolehkan hampir 50 kereta api bergerak ulang alik dari Crimea setiap hari.

Setiap tahun, lebih 14 juta penumpang dan 13 juta penghantaran kargo melintasi jambatan.

Letupan pada sabtu lalu telah mengorbankan tiga orang dan merupakan satu tamparan hebat untuk Moscow dalam perang Ukraine yang mendedahkan kelemahan hubungan darat yang strategik.

Kredit foto: AFP

Selama bertahun dahulu, jambatan itu telah membolehkan Rusia memindah barang dan orang dari Crimea dengan kos yang jauh lebih besar dan rendah dari laluan laut dan udara.

Denga aliran keluaran barangan yang bebas, lintasan laluan itu terbukti kritikal dalam menurunkan harga produk di Crimea, membuka jalan baharu untuk pembangunan dan memudahkan pergerakan pelancong setiap tahun.

Rangkaian kereta api meningkatkan aktiviti komersial di pelabuhan Crimea dan membolehkan Rusia meningkatkan eksport mereka.

Kredit foto: AFP

Secara ringkasnya, jambatan itu telah menguatkan ekonomi Crimea, malah meningkatkan aktiviti komersial dan menjana pekerjaan.

Letupan kuat pada Sabtu itu boleh menyebabkan kekurangan produk tertentu di Crimea, memberi kesan kepada eksprot Crimea atau lebih teruk lagi menyebabkan seluruh sektor ekonominya terhenti akibat gangguan bekalan bahan mentah.

Walaupun Ukraine tidak mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, beberapa kenyataan oleh pegawai tertinggi ukraine menunjukkan kemungkinan itu termasuk pembantu presiden Mykhailo Podolyak yang berkata letupan itu hanyalah ‘permulaan’.

Kredit foto: AFP

Lagi cerita menarik di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hujan Lebat Hingga Beberapa Kawasan Di Bekenu Dan Bintulu Alami Banjir Hujan Lebat Hingga Beberapa Kawasan Di Bekenu Dan Bintulu Alami Banjir
Next Article Suami Sorok Duit Dalam Diam, Isteri Pula Terbuang Pakaian Suami Berisi RM45k Dalam Poket Suami Sorok Duit Dalam Diam, Isteri Pula Terbuang Pakaian Suami Berisi RM45k Dalam Poket

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo 4 September 2023
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak 20 Jun 2023
Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?