Tak tau nak rasa apa dah ni…
Suami Sorok Duit Dalam Diam, Isteri Pula Terbuang Pakaian Suami Berisi RM45k Dalam Poket. Bayangkan menyimpan wang anda selama ini tetapi hanya untuk duit simpanan terbabit dibuang akhirnya.
Inilah yang berlaku kepada seorang lelaki dari Singapura ini apabila isterinya secara tidak sengaja membuang wang simpanannya apabila dia membuang pakaian lamanya!
Mula mengumpul wang tunai tersebut apabila mengetahui wang itu tidak akan dicetak lagi
Menurut laporan, lelaki berusia 57 tahun itu, Encik Zhuo, mula mengumpul wang tunai Singapore Dollar ketika mengetahui kerajaan Singapura akan berhenti mencetak wang kertas ribuan dolar Singapura menjelang 2021.
Apabila mengetahui berita tersebut, Encik Zhuo menukar wangnya dengan beberapa keping wang kertas ribu dolar Singapura dan menyembunyikannya di dalam poket bajut lamanya kerana bimbang akan dirompak.
Namun, beliau tidak mengambil kira isterinya dan terlupa untuk memaklumkan tentang wang tunai terbabit yang tersembunyi.
Isteri terbuang baju itu semasa membersihkan flat mereka
Kejadian itu berlaku apabila si isteri sedang membersihkan flat mereka, di mana si isteri turut mengambil pakaian lama Encik Zhuo untuk dibuang. Isterinya kemudian membuang pakaian lama itu ke dalam tong sampah di bawah flat mereka.
Apabila menyedari perkara tersebut, Encik Zhuo cuba mencari baju terbabit namun gagal, dan memaklumkan pihak berkuasa tentang perkara itu serta meletakkan salinan laporan polis berhampiran tong sampah tersebut.
Katanya, beliau berharap seseorang akan tampil dengan lebih banyak maklumat – pada masa yang sama beliau juga menganggap pakaian itu telah diambil kerana terdapat beberapa scanvengers di kawasan itu.
Meskipun kehilangan sejumlah besar wang tunai, Encik Zhuo berasa lebih sedih kerana wang kertas itu tidak lagi dicetak dan status ‘rare’nya yang menjadikannya lebih berharga.