I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Mengapa Orang Sabah & Sarawak Beli Roti Gardenia Secara Borong Dari Semenanjung Malaysia?
Notification Show More
Latest News
Sentuhan Reka Bentuk Dalaman Barat, Ketahui Roots & Bliss Kafe Tersembunyi Di Tabuan
Sentuhan Reka Bentuk Dalaman Barat, Jom Ke Roots & Bliss Kafe Tersembunyi Di Tabuan
20 Mei 2022
Netizen Luah Rasa Geram Wanita Mengandung Ditinggal Suami Di Klinik
Netizen Luah Rasa Geram Wanita Mengandung Ditinggal Suami Di Klinik
19 Mei 2022
Video Ambulans Tercabut Pintu Belakang Dilanggar Hilak Di Jalan Bau Kuching [Video] Ambulans Tercabut Pintu Belakang Dilanggar 'Hilak' Di Jalan Bau-Kuching
[Video] Ambulans Tercabut Pintu Belakang Dilanggar ‘Hilak’ Di Jalan Bau-Kuching
19 Mei 2022
Selamba 'Cilok' Kenderaan Dari Kiri, Aksi Pacuan Empat Roda Di Jalan Airport Kuching Ini Dikecam Netizen
Selamba ‘Cilok’ Kenderaan Dari Kiri, Aksi Pacuan Empat Roda Di Jalan Airport Kuching Ini Dikecam Netizen
19 Mei 2022
1F8708C6 082F 482F 89DB 7F1D08B8D78C Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Mengapa Orang Sabah & Sarawak Beli Roti Gardenia Secara Borong Dari Semenanjung Malaysia?

Kedung BK
Oleh Kedung BK
Dikirim pada 30/04/22 10:00 AM
Kongsi
5 Min Bacaan
Mengapa Orang Sabah dan Sarawak Membeli Roti Gardenia Secara Borong Dari Semenanjung Malaysia?
Kongsi
Sponsored

“Sungguh Enak Dimakan Begitu Sahaja”

Mengapa Orang Sabah & Sarawak Beli Roti Gardenia Secara Borong Dari Semenanjung Malaysia? Kebiasaannya, sekiranya warga Sarawak dan Sabah pulang dari Semenanjung, mereka akan membawa bekalan roti jenama Gardenia yang banyak sebagai buah tangan (atau hanya dimakan secara peribadi). Ia telah menjadi satu jenaka lucu di mana kita akan tahu apabila seorang warga Sabah dan warga Sarawak baru saja kembali dari Semenanjung dengan melihat adanya bekalan roti Gardenia di rumah. But all jokes aside, mesti orang tertanya-tanya kenapa majoriti daripada kita seharusnya tapau balik roti Gardenia ketika balik dari Semenanjung?

Mengapa Orang Sabah & Sarawak Beli Roti Gardenia Secara Borong Dari Semenanjung Malaysia?
Mengapa Orang Sabah & Sarawak Beli Roti Gardenia Secara Borong Dari Semenanjung Malaysia? Kredit: Giphy

Terdapat sebuah syarikat memperoleh hak ekslusif untuk menggunakan tanda dagangan Gardenia

Menurut satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. (GBKL), terdapat satu lagi kilang yang berhak untuk mengedarkan roti Gardenia di Sabah, Sarawak dan Indonesia iaitu Gardenia Bakeries (East Malaysia) Sdn. Bhd. atau juga dikenali sebagai Gardenia Sabah namun kedua-dua syarikat ini tiada kaitan langsung dengan satu sama lain.

Sponsored
Mengapa Orang Sabah & Sarawak Beli Roti Gardenia Secara Borong Dari Semenanjung Malaysia?
Kredit: Quora

Terletak di Inanam, Sabah, Gardenia Sabah mempunyai hak untuk menggunakan logo Gardenia dan tanda dagangan di Sabah, Sarawak dan Indonesia jadi segala pembungkusan dan tetapan harga dibuat secara berasingan daripada GBKL. Untuk menjawabkan persoalan kenapa GBKL tidak membuka kilang disini, atas sebab perjanjian francais, GBKL hanya dibenarkan untuk mengedar produk Gardenia di sekitar Semenanjung Malaysia sahaja.

you will have to pay more for some gardenia products starting nov 1 heres why world of buzz 5 Mengapa Orang Sabah & Sarawak Beli Roti Gardenia Secara Borong Dari Semenanjung Malaysia?
Kredit: WOB

Perbezaan Produk Gardenia keluaran GBKL dan Gardenia Sabah

Oleh kerana kedua-dua syarikat ini adalah syarikat yang tiada kaitan langsung dengan satu sama lain, maka pengeluaran syarikat pun berbeza.

Sponsored

Salah satu perbezaan adalah pembungkusan roti ‘Classic’ dengan ‘Klasik’

grdier3 e1546581454879 Mengapa Orang Sabah & Sarawak Beli Roti Gardenia Secara Borong Dari Semenanjung Malaysia?
Perbezaan roti Gardenia keluaran GBKL (kiri) dan roti Gardenia keluaran Gardenia Sabah (kanan) Kredit: Air Times News Network

Tak lupa juga perbandingan harga, kalau di Semenanjung Malaysia, sebuah roti Gardenia serendah RM0.90 manakala di Sabah dan Sarawak, roti yang sama akan berharga RM2.30 (hampir tiga kali ganda harga original)

Sponsored

Jadi, mengapa harga roti keluaran GBKL dan Gardenia Sabah adalah lain walaupun kedua-dua syarikat ini mengeluarkan produk yang mempunyai logo yang sama?

Dipengaruhi Kos Pengangkutan

Walaupun sudah adanya kenyataan rasmi yang dikeluarkan, ia masih tidak pasti sama ada Gardenia Sabah berfungsi sebagai pengedar sahaja atau mereka juga terlibat dalam proses pembuatan roti tersebut. Misalnya syarikat ini hanya berfungsi sebagai pengedar, maka kos pengangkutan boleh dipertimbangkan dalam salah satu faktor mengapa harga roti keluaran Gardenia Sabah adalah mahal berbanding dengan harga yang ditetapkan oleh GBKL.

Sponsored

Bagi mereka yang penggemar roti Gardenia, mereka akan tahu roti ini terkenal dengan kesegarannya. Jadi untuk mengangkut roti-roti ke sini, pengedar akan perlu mempertimbangkan ketahanan segar roti tersebut (yang biasanya 3-4 hari sahaja). Oleh sebab kos pengangkutan dan ground distribution menjadi faktor dalam pengangkutan roti-roti ke sini, ia mempengaruhi harga pasaran.

source Mengapa Orang Sabah & Sarawak Beli Roti Gardenia Secara Borong Dari Semenanjung Malaysia?
Kredit: Giphy

Usahawan Tempatan vs Usahawan Asing

Atas sebab GBKL dan Gardenia Sabah adalah dua syarikat yang berbeza, mereka hanya dibenarkan mengedar produk Gardenia di kawasan sendiri (dan juga kerana GBKL mengikut perjanjian francais dimana mereka hanya dibenarkan untuk mengedar produk mereka di sekitar Semenanjung Malaysia sahaja). Walaupun Sarawak dan Sabah mempunyai pengedar Gardenianya tersendiri, salah satu teori atas sebab GBKL tersekat di Semenanjung Malaysia adalah untuk melindungi industri roti tempatan. (Ini hanya teori, ya!)

Sponsored

Menurut seorang pengguna Twitter yang berasal dari Sarawak ini, beliau berpendapat Sarawak sudah mempunyai industri rotinya tersendiri terutamanya di supermarket seperti Everrise, Emart, dan Farley dan juga menyatakan pembinaan kilang di sini adalah tidak kos-efektif.

Capture 1 Mengapa Orang Sabah & Sarawak Beli Roti Gardenia Secara Borong Dari Semenanjung Malaysia?
Pendapat salah satu warga Sarawak mengenai isu ini. Anda boleh melihat perbincangan lanjut melalui link ini.

Sehubungan dengan itu, kita mempunyai jenama roti tempatan seperti di Taka, Mita, Southern dan sebagainya. Roti-roti keluaran jenama tempatan ini tiada kurangnya juga!

Sponsored
unnamed 1 Mengapa Orang Sabah & Sarawak Beli Roti Gardenia Secara Borong Dari Semenanjung Malaysia?
Kek buatan Taka Cake House. Kredit: Taka
Capture 2 Mengapa Orang Sabah & Sarawak Beli Roti Gardenia Secara Borong Dari Semenanjung Malaysia?
Kek buatan Mita Cake House. Kredit: Burrple

Masih lebih suka tapau dari KL

Memang tradisi kebanyakkan orang Sarawak dan Sabah untuk membeli roti Gardenia secara borong ketika balik dari Semenanjung Malaysia. Kadang-kadang satu plastik beg kecil tidak cukup, ada yang sanggup muatkan dalam satu kotak kalau dapat!

Apa-apa pun pendapat anda mengenai roti gardenia keluaran Gardenia Sabah mahupun GBKL, memang ternyata roti ini adalah salah satu jenama roti kegemaran di kalangan warga Sabah dan Sarawak!

Sponsored
Capture 3 Mengapa Orang Sabah & Sarawak Beli Roti Gardenia Secara Borong Dari Semenanjung Malaysia?
Kredit: Twitter

Sponsored
Kedung BK 30 April 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Melakukan Serangan Seksual Terhadap Mangsa OKU Dan Bawah Umur, Seorang Lelaki Di Sibu Dihukum Penjara 5 Tahun Melakukan Serangan Seksual Terhadap Mangsa OKU Dan Bawah Umur, Seorang Lelaki Di Sibu Dihukum Penjara 5 Tahun
Next Article Untitled 1 25 1024x536 1 Curi 18 Paket Milo, Seorang Bapa Tunggal Di Kota Kinabalu Dipenjara Tiga Bulan Curi 18 Paket Milo, Seorang Bapa Tunggal Di Kota Kinabalu Dipenjara Tiga Bulan

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

1F8708C6 082F 482F 89DB 7F1D08B8D78C Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
BeFunky collage 46 Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
BeFunky collage 48 5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage473 FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Netizen Luah Rasa Geram Wanita Mengandung Ditinggal Suami Di Klinik
Cerita Borneo

Netizen Luah Rasa Geram Wanita Mengandung Ditinggal Suami Di Klinik

19 Mei 2022
Video Ambulans Tercabut Pintu Belakang Dilanggar Hilak Di Jalan Bau Kuching [Video] Ambulans Tercabut Pintu Belakang Dilanggar 'Hilak' Di Jalan Bau-Kuching
Cerita Borneo

[Video] Ambulans Tercabut Pintu Belakang Dilanggar ‘Hilak’ Di Jalan Bau-Kuching

19 Mei 2022
Selamba 'Cilok' Kenderaan Dari Kiri, Aksi Pacuan Empat Roda Di Jalan Airport Kuching Ini Dikecam Netizen
Cerita Borneo

Selamba ‘Cilok’ Kenderaan Dari Kiri, Aksi Pacuan Empat Roda Di Jalan Airport Kuching Ini Dikecam Netizen

19 Mei 2022
Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut Meningkat 51 Kali Ganda Di Sabah Tahun Ini Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut Meningkat 51 Kali Ganda Di Sabah Tahun Ini
Cerita Borneo

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut Meningkat 51 Kali Ganda Di Sabah Tahun Ini

19 Mei 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

Removed from reading list

Undo
AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?